Saturday, December 27, 2008

-Akhlak Bersulam Kebiasaan-


Tujuan penulis menge'pos' kali ini bukanlah untuk berlumba2 dgn blogger2 lain yg aktif menge'pos' & mengedit blog masing2..Secara automatis terlintas seketika di fikiran bila mengenangkan kembali zaman2 'muda' mengharungi suka & duka apabila melihatkan adik2 yg junior mengikuti program2 berunsur tarbiyyah..

Mengimbau kembali kenangan beberapa tahun yg lalu, bilamana penulis teringat intipati kuliah yg disampaikan sewaktu mengikuti program tarbiyyah...Penceramah menceritakan mengenai kisah Luqmanul Hakim sepertimana yg disebutkan di dlm Al-Quran, berpesan Luqmanul Hakim kpd anaknya,

"Wahai anakku, jgnlah engkau ketawa jika tiada perkara yg melucukan dan janganlah engkau berjalan tanpa adab"

Jika direnung kembali, kata2 ini mungkin tidak memberi sebarang kesan kpd manusia biasa, tetapi penulis sedikit terkilan bilamana kata2 ini juga tidak diambil endah oleh mereka yg mengaku menyebarkan dakwah di muka bumi ini...Nauzubillahhi min zalik..

Dari nasihat yg dberikan oleh Luqmanul Hakim kpd anaknya, beberapa intipati penting bole didapati khususnya buat para daie. Antaranya, jgnlah daie menggelapkan hati dgn tawa yg barangkali dtg dari syaitan untuk melekakan sekaligus melupakan para daie mengenai adab2 dlm pergaulan sepertimana yg diajarkan oleh nabi. Tiada salahnya untuk tertawa, tetapi jgnlah sampai berderai & melarat tawanya hingga boleh mengganggu org lain.




Yg kedua, barangkali ada diantara kita yg merasakan bahawa tidak pernah sekalipun semenjak empunya diri mengenali medan dakwah & tarbiyyah ini berjalan tanpa menutup aurat, malah ada yg mengatakan pakai seluar jeans pun xpenah..Para pembaca sekalian, bukanlah maksud berjalan dengan adab itu hanya semata2 menutup aurat dgn sempurna, malah merangkumi perkara2 yg lebih kecil yg seringkali diambil enteng oleh sesetengah manusia. Barangkali kita merasakan bahawa makan/minum sambil berjalan itu tidak termasuk dlm adab2 ketika berjalan, perkara2 kecil seperti itu yg selalu dipandang remeh oleh manusia..Perkara2 yg selalu kita lakukan barangkali, yg dekat dgn kita..Tapi itu yg sering kita XPERASAN..



Teringat penulis kata2 yg pernah diungkapkan sewaktu diamanahkan menjadi pic bagi satu modul program tarbiyyah, kita sering mencari sesuatu yg jauh, sedangkan yg dicari itu berada berdekatan dgn kita..Jadilah seorang yg realistik, kurangkan idealistik..Wallahu'alam, sekadar perkongsian dgn para pembaca..

Wednesday, December 17, 2008

Bio Info: Migrain

Salam Fieldtrip buat saeng2 seperjuangan yg berada di bumi Sabah nie..

Masuk hari ni, da 2 hari empunya diri xberapa chat..Alhamdulillah, Allah masih syg pada hambaNya yg lemah ini..Sebelum melangkah ke fieltrip yg bakal berlangsung, bbrapa revision telah pun dibuat bagi mslh2 kesihatan yg famous dan kerap kali berulang..Bukannya ape, cuma langkah berjaga2 disamping menambah ilmu2 berkaitan kesihatan di dada..(da sakit baru
nak stdy psl sakit)


Antara mslh yg kerap berlaku adalah pening kepala (migrain). Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya.

Punca2 Sakit Kepala

1)Ketegangan
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak
bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.

2)Pengambilan ubat-ubatan
Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.


3)Penyakit Metabolik
Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh
menyebabkan sakit kepala.

4)Kecederaan kepala
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan
pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.


5)Inflamasi salur darah di kepala dan otak
Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang
dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.

6)Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium
Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan
ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya
pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami
ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair
daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan
lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.

Mengubati Migrain:

1)Tanpa ubat

Pengubatan tanpa ubat biasanya dilakukan untuk meringankan gejala migrain dan untuk
pencegahan. Tidur merupakan ubat yang paling mujarab. Untuk mencegah timbulnya migrain,
pesakit dapat dimotivasi untuk mengubah pola hidup yang selama ini dicurigai dapat
mencetuskan timbulnya migrain. Hal ini termasuk menghentikan kebiasaan merokok,
menghindari makanan yang banyak mengandung tiramin seperti keju, hindari pula makanan yang mengandung nitrat tinggi seperti kacang kacangan. Selain itu harus segera melakukan apa
yang disebut pola hidup sihat seperti makan makanan yang bergizi, minum yang cukup, tidur
yang cukup, dan olahraga yang teratur.

2)Dengan ubat

Ubat-ubat diberi untuk dua tujuan iaitu:
A)Untuk mengurangkan sakit (Painkillers)
-untuk memulihkan gejala semasa sakit kepala.
-Ubat-ubatan yang biasa digunakan di Malaysia ialah paracetamol, ibuprofen dan mefenamic acid.
-Untuk orang dewasa yang mengalami migrain, mereka dibekalkan dengan ubat sumatripan
(Imigran) dan Caffein/ergotamine (Carfegot), tetapi tidak secara rutin kepada kanak-
kanak.
-Ubat penahan sakit (painkillers) diberi kepada kanak-kanak yang mengalami sakit
kepala.

B)Ubatan Profilaktik ( Agen yang mencegah perkembangan sesuatu penyakit atau keadaan )
-Ubat ini dibekalkan kepada kanak-kanak yang mengalami sakit kepala yang kerap atau
sakit kepala yang boleh mengganggu aktiviti harian mereka.
-Ubat ini perlu diambil setiap hari untuk mencegah sakit kepala dari berlaku. Ubat ini
tidak menyembuhkan gejala sakit. Contoh ubatan profilaktik ialah flunarizine,
pizotifen, propanolol dan metoprolol.
-Ubatan profilaktik tidak diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami sakit kepala tegang (tension headache)
-Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubatan profilaktik untuk
sakit kepala.

Monday, December 15, 2008

Rapuh



Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Tuesday, December 2, 2008

Kepimpinan: Kuasa @tau Pengaruh???

VS

Berdasarkan event semasa yg berlaku dlm Negara, terpanggil saya utk memenuhkan blog yg kurang berisi nie. Melihat kepada situasi yg berlaku, teringat kembali beberapa artikel yg telah pun dibaca dlm saifulislam.com, bertepatan dgn situasi yg berlaku..apakah kriteria yg diperlukan utk menjadi seorang pemimpin? Teruskan membaca…

Setiap manusia ada pengaruh. Pengaruh itu bermaksud, dirinya berhubung dengan seseorang dan hubungan itu memberi bekas. Ada yang memberi pengaruh positif, ada yang memberi pengaruh negatif. Tetapi jika kita mahu perlakuan dan perkataan kita memberi impak kepada orang lain, ia mesti datang dengan pengaruh. Soal PENGARUH inilah yang sukar untuk dilihat kepentingannya oleh kita, dalam konteks kehidupan yang luas ini.

John C. Maxwell di dalam bukunya ‘Becoming A Person of Influence’, menghuraikan beberapa perkara berkaitan dengan soal kepimpinan. Kepimpinan adalah salah satu cara mengaplikasikan pengaruh.

Kepimpinan yang paling lemah, adalah kepimpinan yang bergantung kepada kuasa dan jawatan. Ada kedudukan, ada jawatan baru boleh memimpin. Ini adalah pemimpin yang paling lemah. Seorang pemimpin yang seperti ini sentiasa berada di dalam keadaan tidak tenteram dan tidak selamat. Beliau akan menggunakan sepenuh keupayaan yang ada untuk mempertahankan kedudukannya, lebih daripada usaha membangunkan dirinya sebagai seorang pemimpin. Kepimpinan yang bergantung kepada jawatan dan kedudukan ini, boleh melanda kepimpinan semuda kepimpinan di sekolah, sampailah kepada kepimpinan di sebuah KERAJAAN dan NEGARA.

Kepimpinan lazim bermula dengan kedudukan dan jawatan (POSITION). Jawatan dan kuasa, adalah lesen yang memudahkan laluan seseorang berperanan. Akan tetapi, lesen itu hanya pengiktirafan kepada kualiti asasnya sebagai ketua dan pemimpin. Justeru ia mestilah ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Apabila seorang ketua berjaya memperlihatkan bibit-bibit kewibawaan pada dirinya, maka pengikut akan mula membenarkan diri mereka dipimpin dan diterajui oleh ketua tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan tahap PERMISSION. Di sini, mungkin pengikut akan membenarkan seorang ketua melaksanakan lebih dari skop kerjanya semata-mata. Pengikutnya akan bertanya lebih dari soal kerja, meminta pandangan tentang satu dua masalah peribadi, dan membolehkan kumpulan atau organisasi tersebut maju setahap lagi ke peringkat PRODUCTION. Kerjasama yang meningkat di antara seorang pemimpin dengan mereka yang dipimpin, akan membolehkan mereka bersinergi. Dengan cara ini, hasil kerja mereka akan jadi lebih produktif. Dalam suasana yang seperti ini, seorang pemimpin itu mungkin selesa bekerja dengan pengikutnya. Tetapi kehilangannya mungkin tidaklah begitu dirasakan. Mengeluh sehari, dan cepat mencari pengganti. Mungkin ramai ADUN yang menerima nasib begini. Kubur masih merah, orang dah berpesta mencari pengganti.

Tetapi jika seorang pemimpin yang sudah elok bergaul dengan pengikutnya, berjaya memberikan impak dan mengubah kehidupan pengikutnya kepada yang lebih baik, maka kepimpinannya sudah naik ke tahap yang keempat iaitu PEOPLE DEVELOPMENT. Pemimpin di tahap ini akan membantu pengikutnya membangunkan potensi diri. Akan tetapi, seorang pemimpin yang benar-benar cemerlang adalah pemimpin yang berjaya sampai ke peringkat kelima. Kepimpinannya bukan hanya memberikan kesan kepada soal taraf kehidupan pengikut, atau kejayaan karier mereka, malah berjaya membentuk pengikutnya menjadi insan yang cemerlang, hasil pengaruh dirinya sendiri ke atas mereka yang dipimpin (PERSONHOOD). Ia sukar untuk dicapai, kecuali selepas seseorang itu menghabiskan seluruh umurnya untuk membangunkan manusia mencapai potensi terbaik mereka.

Inilah ukuran yang mendorong Michael H. Hart meletakkan Nabi Muhammad S.A.W di tempat pertama dalam senarai 100 orang paling berpengaruh dalam sejarah manusia, mengalahkan Isaac Newton dan Jesus Christ sendiri. Bukunya ‘The 100: A Ranking Of The Most Influential Persons In History’, memperkatakan soal PENGARUH, dan faktor inilah yang menjadikan kehidupan seseorang itu sangat signifikan kepada manusia yang lain.

“Optimumkan Platform, Kuasai Suasana”

Monday, November 24, 2008

JoURnEy To KuDaT...




Alhamdulillah, dgn adanya blog yg baru "tersiap" nie dpt la dicoretkan ckit pengalaman mengembara di bumi Sabah nie..

Tanggal 11 Oktober yg lalu berjaya juga ku jejakkan kaki ke Kudat. 3 tahun study kt Sabah, baru tahun ni dpt pegi. Pengalaman yg menyeronokkan bilamana aku mencari ketenangan dlm journey tersebut sebenarnya. Setelah membuat persetujuan verbally dgn Mustaqim, aku menyiapkan ‘diriku’ utk journey tersebut. Setelah berpuas hati dgn jawapan midterm bagi subjek Fermentation Technology, aku mengangkat kaki keluar dari bilik tutorial. Rupa2nya, aku termasuk antara golongan terawal yg keluar dari bilik tutorial tersebut. Keluar je dari bilik tutorial, perjalanan ke Kudat dicatur. Aku mula mencari kereta utk digunakan ke Kudat. Kereta Abg Wan menjadi pilihan, walaupun pada peringkat awalnya kami bercadang utk menyewa kereta lain. Jam 5 pm kami bertolak dari IP ke kudat. Aku mengomel sendirian bilamana semua penumpang yg aku bawa, tidak boleh memandu kereta. Destinasi kami ialah Sek Men Teknik Kudat, rumah abg angkat Mustaqim. Walaupun tak pernah sampai ke Kudat, aku memandaikan diri memandu dgn hanya berpandukan signboard menuju ke Kudat. Yg aku tahu, jlnnya menuju ke Kota Belud. That only the hint that I know. Setelah memandu lebih kurang sejam lebih, kami sampai ke satu simpang, tiada sebarang signboard yg kelihatan. “Nak lalu mane ni? tanyaku pada penumpang2 yg ku bawa. Masing2 mendiamkan diri lantaran xtahu jln mane yg harus dilalui. Aku kemudian membuat keputusan utk mengikut simpang ke kiri, beberapa meter bergerak aku berhenti meminta Nije utk bertanya kpd org kampung yg ada di situ. Betul jgak firasat ku tadi, lalu kami meneruskan perjalanan. Kami berhenti utk menunaikan kewajipan solat di Masjid Kg Lankon, destinasi fieldtrip Biotech students beberapa minggu yg lalu. Akhirnya jam 8.30 pm kami sampai ke destinasi yg dituju. Alhamdulillah, sampai jua akhirnya. Selepas menjamu juadah dinner yg disediakan, kami berehat menonton televisyen sambil berborak dgn Cikgu Handy, abg angkat Mustaqim. Aku xdpt bertahan lama, keletihan yg menusuk menyebabkan aku syahid awal malam itu. Terlintas di fikiran ku seorang akak yg ku kenali yg menetap di Kudat. Sempat juga berbalas 2/3 msg dgn Kak Kasma untuk memberitahu kehadiran ku ke bumi Kudat ini sebelum aku tergolek keletihan. Sudah pun dlm perancangan ku utk singgah ke rumah K.Kasma keesokan harinya. Seperti yg dirancang, selepas menghadiri jemputan open house guru-guru SMT Kudat, kami bergerak menuju ke rumah K.Kasma. Dgn bantuan Ckg Handy, rumah K.Kasma ditemui dlm jangka masa yg singkat. K.Kasma mnggu di tepi jln berdekatan rumahnya memudahkan kami mencari lokasi rumahnya. Dari pengamatan ku tiada yg berubah pada diri Kak Kasma, masih sprt dulu..raut wajahnya ceria menyambut kedatangan kami walaupun Ckg Handy tidak turut serta menyusul ke rumahnya. Hampir stgh jam berborak dgn K.Kasma yg sudah pun aku anggap sprt akak ku sdr, kami beransur menuju ke Simpang Mengayau.

Berpandukan map yg K.Kasma berikan & signboard yg masih terpacak di jalanan, akhirnya Tips of Borneo here we come!!! SubhanAllah, cantik sungguh pemandangan matahari terbenam. Sempat juga kami bergambar sebelum hari menjadi gelap. Sunnatullah...


Petua Cemerlang


Inginkan petua-petua untuk menjadi muslim student yang cemerlang di mana-mana sahaja anda belajar?

Renungkan kembali tips kejayaan yang telah Allah titipkan di permulaan surah Al Mukminun, surah yang ke 23 di dalam lembaran Al Quran:

1. Keyakinan, kepercayaan and having faith in Allah, His Mercy and His Help.

“Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yang beriman.” [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan attitude seterusnya yang bakal disebutkan dibawah.

2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.

“iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [23:2]

Do one thing at a time. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Be passionate in it. Bukan sambil lewa.

3. Prioritise

“dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).” [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh pressure, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, movies, korean series, games, friendster dll sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti menyediakan makanan aka memasak (supaya tak makan maggie je selama 2minggu), membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum. However, the best thing to do during your break is to take wudhu’, solat hajat or recite Quran so that we will be closer to Allah, therefore our hearts will be at peace and calm state no matter how hard is the exam plus, do avoid complaining, whining, mengumpat lecturer dsbg kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah nauzubillah.

4. Care about each other

“dan orang-orang yang menunaikan zakat.” [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, be it knowledge, past year papers, or even just food. Sharing is caring.

5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

“dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan study berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tension je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah kan sentiasa ada, sentiasa melindungi, sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta padaNya.

6. Jujur, amanah

” dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.” [23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak sponsor dan dengan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan score well in our exam? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dgn Allah untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkanNya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu,pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana insyaAllah.

Please, no cheating in term of time, especially dalam dewan peperiksaan. Stop writing immediately when you are told to so. Instead, its time to say “Bismillahi tawakkaltu ‘ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil ‘azim.”

7. Punctual, particular

“dan orang-orang yang memelihara solatnya.” [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks muslim student’s life ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan, and to maintain keeping up with our effort continously, aka istiqamah.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk academic semata-mata. Highlight utama dalam ayat tersebut supaya kita sangat menjaga hubungan kita dengan Allah kerana kita akan kembali mengadapNya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah dan merebut peluang mewarisi syurgaNya.

” Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya.” [23:10,11]

Wallahu’alam.

Semoga berjaya dunia akhirat.

” ….Maka di antara manusia ada yang berdoa: ‘Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.’ Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat. ” [2:200]

“Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” [2:201]

“Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya.” [2:202]

Salam Permulaan...

Alhamdulillah, dgn rahmat & kasih-sayangNya dpt juga blog nie disiapkan..Selawat & salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, atas usaha baginda dpt same2 kita mengecap nikmat Iman & Islam hingga ke hari ini...Berbekalkan inisiatif untuk menyebarluaskan lagi bidang dakwah di kampus khususnya & msyrkt luar amnya, maka lahirlah blog yg sederhana ini, moga2 dgn usaha yg serba kecil ini, mendapat nilaian di sisi Allah S.W.T ...InsyaAllah