Monday, January 18, 2010

Maafkan Daku Wahai Teman

Alhamdulillah, sekali lagi penulis diberi kesempatan untuk menulis di medan maya ini. Semenjak menjejakkan kaki ke kampus bagi mengabiskan saki-baki 'perjuangan' yg tinggal, semakin jauh penulis dgn rutin menaip bagi memenuhi masa lapang disamping berkongsi pendapat dgn para pengunjung blog. Terlalu lama bercuti dari menulis menyebabkan penulis sedikit kekok + kekurangan idea untuk memenuhi entri ini. Namun, penulisan diteruskan. Seperti yang pernah dibaca oleh penulis, DAKWAH tidak pernah berhenti. Lalu penulis 'kias'kan statement tersebut dgn penulisan di alam maya ini. Tidak sepatutnya para blogger (khasnya penulis) menulis bagi memberi pendapat mahupun mengkritik pandangan orang lain hanya apabila timbul sesuatu isu Sikap yang sepatutnya ada pada setiap blogger yang menggelar diri mereka 'pendakwah cilik' yang menyokong penyebaran DAKWAH di alam maya ini ialah menulis bagi memperingati dan menasihati para pengunjung blog khususnya dan kenalan2 lain amnya.

Lantaran itu, penulis kembali menggagahkan diri mencuri masa yang ada untuk menulis sesuatu yang mungkin ada kebaikannya kepada orang lain. Allahu ubarik fik...

Berkongsi pendapat dgn sahabat2 yang menyibukkan diri dalam mana2 organisasi di kampus terutamanya sesuatu yang tidak asing bagi penulis memandangkan pernah terjun ke dalam bidang tersebut. Malah berbual santai mengenai kelangsungan meneruskan gerak kerja organisasi merupakan topik bualan yang sering bermain di bibir penulis.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan...
Semakin lama penulis meninggalkan urusan pentadbiran organisasi, semakin penulis lupa dengan rutin yang pernah menyebabkan penulis dihimpit kesibukan lantaran tidak pandai menyusun waktu dengan betul.

Mengeluh
Letih...
Sibuk...

Itulah antara yang bermain di fikiran penulis ketika itu.

Namun kini, segalanya tinggal kenangan. Tidak pernah lagi penulis tertidur ketika memandu motosikal pulang ke hostel. Tidak pernah lagi kini penulis bermesyuarat hingga lewat pagi.

Kepimpinan baru yang naik menggantikan kepimpinan lama tampak lebih gah dengan barisan kepimpinan yang kebanyakannya malah boleh dikatakan 95% adalah wajah2 baru. Dimensi pemikiran yang baru mungkin menerjah ruang legar kampus terutama pemikiran anak muda yang bergelar mahasiswa.

Setelah lama bersauh, semakin jauh rasanya penulis ditinggalkan oleh kapal. Dahulunya kelihatan jelas wajah2 mereka yang menakhoda kapal tersebut, namun kini bayangnya sahaja yang tinggal sebagai tatapan penulis.

Jambatan gantung Kuala Dipang runtuh
Kapal Titanic karam terlanggar iceberg

Begitulah juga dengan kapal yang dinakhoda oleh saff kepimpinan baru ini. Bagai menurut sunnatullah, kapal yang dinakhoda mengalami kebocoran pada tempat2 tertentu lantaran lama berada di perairan.


Terlintas di fikiran penulis, adakah penulis yang bersalah kerana meninggalkan kapal tersebut tanpa pantauan? Mungkinkah bersalah penulis kerana tidak menjadi tukang tampal pada kebocoran kapal tersebut? Segalanya mungkin barangkali pada pendapat penulis.

Buat shbt2 mantan pimpinan, maafkan diri ini kerana alpa...
Buat saff kepimpinan, maafkan diri ini lantaran terlalu awal melabuhkan sauh...