Monday, March 14, 2011

Alhamdulillah...

Hampir 11 bulan penulis kembali ke Semenanjung, baru2 ini dapat menjejakkan kaki ke tempat menadah ilmu sewaktu di bangku persekolahan bagi berkongsi 'food for thought' dengan adik2 yang masih lagi di bahtera persekolahan.

Peluang ini digunakan sebaiknya memandangkan penulis rapat dengan warden di sekolah tersebut yang juga merupakan salah seorang murabbi di sana. Mendapat kebenaran secara lisan menyakinkan lagi penulis untuk berkongsi ilmu dengan adik2, dengan harapan semoga dipermudahkan urusan.

Kelihatan kereta guru masih memenuhi parkir akibat didenda oleh pengetua bagi menyiapkan laporan pendaftaran bagi setiap tingkatan. Begitulah penulis dimaklumkan oleh salah seorang guru kaunseling di sana. Tidak lama selepas memasuki perkarangan sekolah, kedengaran azan dikumandangkan. Penulis bersama seorang sahabat (Mohd Yusri Safian) yang juga merupakan bekas pelajar di sana bersiap untuk menunaikan solat maghrib.

Seusai Maghrib, penulis berpesan kepada sahabat penulis untuk memberikan sedikit pengisian selepas solat Isya’ untuk para exco dan ajk surau sekolah. Mukanya berubah serta-merta, mungkin terkejut dengan permintaan penulis. Memang sengaja penulis berbuat demikian bagi membuat kejutan, lagipun penulis teringin mendengar pengisian oleh ustaz yang mengambil jurusan Usuluddin ini. Tidak pernah sekalipun penulis mendengar ceramah beliau kerana tidak dapat selalu ketika beliau menyebarkan ilmu di Negeri Sembilan ini memandangkan penulis mengembara menuntut ilmu di oversea. Faktor jarak yang memisahkan kami, tapi alhamdulillah hari ini tercapai jua hasrat penulis.

Lebih kurang 10 minit selepas Isya’, kebanyakan exco dan ajk surau berjaya dikumpulkan setelah beberapa kali pengumuman melalui pembesar suara dibuat. Penulis hanya tersenyum mengamati telatah & kepekaan adik2 apabila dimaklumkan ada perjumpaan dengan kami. Ustaz Yusri memulakan bicara untuk slot perkongsian ilmu bersama adik2, alhamdulillah kelihatan semuanya berjalan lancar.

Ustaz Yusri

Giliran penulis tiba apabila Ustaz Yusri kehabisan idea memandangkan beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu untuk memberi pengisian. Senyum lebar penulis melihat gelagat sahabat baiknya, mencari akal supaya penulis menyambung pengisian.

Inilah dia usrah, set penulis dalam minda sebelum memulakan bicara. Penulis berkongsi mengenai perkara fardhu ain (Rukun Iman & Rukun Islam) kemudian disambung dengan Islam features. Shocked penulis apabila ditanya kepada adik2 masih ada lagi yang tunggang terbalik susunan rukunnya samada Rukun Iman @ Rukun Islam. Namun perkara ini tidak mematahkan, malah menguatkan lagi semangat penulis untuk terus berkongsi dengan adik2 di sana. Alhamdulillah...

Kadang2 perkara yang disampaikan itu adalah perkara yang baik, tetapi orang yang mendengarnya tidak dapat menerima dengan hati yang terbuka walaupun itu untuk kebaikan dirinya. Ketahuilah bahawa MUNGKIN perkara baik itu terhijab apabila disampaikan atas sebab dosa2 yang dilakukan oleh penyampai

Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini & berilah ketabahan kepadanya bagi meneruskan usaha untuk menyebarkan kefahaman agamaMu Ya Allah..

Amin Ya Rabb..

No comments: