Monday, November 24, 2008

JoURnEy To KuDaT...




Alhamdulillah, dgn adanya blog yg baru "tersiap" nie dpt la dicoretkan ckit pengalaman mengembara di bumi Sabah nie..

Tanggal 11 Oktober yg lalu berjaya juga ku jejakkan kaki ke Kudat. 3 tahun study kt Sabah, baru tahun ni dpt pegi. Pengalaman yg menyeronokkan bilamana aku mencari ketenangan dlm journey tersebut sebenarnya. Setelah membuat persetujuan verbally dgn Mustaqim, aku menyiapkan ‘diriku’ utk journey tersebut. Setelah berpuas hati dgn jawapan midterm bagi subjek Fermentation Technology, aku mengangkat kaki keluar dari bilik tutorial. Rupa2nya, aku termasuk antara golongan terawal yg keluar dari bilik tutorial tersebut. Keluar je dari bilik tutorial, perjalanan ke Kudat dicatur. Aku mula mencari kereta utk digunakan ke Kudat. Kereta Abg Wan menjadi pilihan, walaupun pada peringkat awalnya kami bercadang utk menyewa kereta lain. Jam 5 pm kami bertolak dari IP ke kudat. Aku mengomel sendirian bilamana semua penumpang yg aku bawa, tidak boleh memandu kereta. Destinasi kami ialah Sek Men Teknik Kudat, rumah abg angkat Mustaqim. Walaupun tak pernah sampai ke Kudat, aku memandaikan diri memandu dgn hanya berpandukan signboard menuju ke Kudat. Yg aku tahu, jlnnya menuju ke Kota Belud. That only the hint that I know. Setelah memandu lebih kurang sejam lebih, kami sampai ke satu simpang, tiada sebarang signboard yg kelihatan. “Nak lalu mane ni? tanyaku pada penumpang2 yg ku bawa. Masing2 mendiamkan diri lantaran xtahu jln mane yg harus dilalui. Aku kemudian membuat keputusan utk mengikut simpang ke kiri, beberapa meter bergerak aku berhenti meminta Nije utk bertanya kpd org kampung yg ada di situ. Betul jgak firasat ku tadi, lalu kami meneruskan perjalanan. Kami berhenti utk menunaikan kewajipan solat di Masjid Kg Lankon, destinasi fieldtrip Biotech students beberapa minggu yg lalu. Akhirnya jam 8.30 pm kami sampai ke destinasi yg dituju. Alhamdulillah, sampai jua akhirnya. Selepas menjamu juadah dinner yg disediakan, kami berehat menonton televisyen sambil berborak dgn Cikgu Handy, abg angkat Mustaqim. Aku xdpt bertahan lama, keletihan yg menusuk menyebabkan aku syahid awal malam itu. Terlintas di fikiran ku seorang akak yg ku kenali yg menetap di Kudat. Sempat juga berbalas 2/3 msg dgn Kak Kasma untuk memberitahu kehadiran ku ke bumi Kudat ini sebelum aku tergolek keletihan. Sudah pun dlm perancangan ku utk singgah ke rumah K.Kasma keesokan harinya. Seperti yg dirancang, selepas menghadiri jemputan open house guru-guru SMT Kudat, kami bergerak menuju ke rumah K.Kasma. Dgn bantuan Ckg Handy, rumah K.Kasma ditemui dlm jangka masa yg singkat. K.Kasma mnggu di tepi jln berdekatan rumahnya memudahkan kami mencari lokasi rumahnya. Dari pengamatan ku tiada yg berubah pada diri Kak Kasma, masih sprt dulu..raut wajahnya ceria menyambut kedatangan kami walaupun Ckg Handy tidak turut serta menyusul ke rumahnya. Hampir stgh jam berborak dgn K.Kasma yg sudah pun aku anggap sprt akak ku sdr, kami beransur menuju ke Simpang Mengayau.

Berpandukan map yg K.Kasma berikan & signboard yg masih terpacak di jalanan, akhirnya Tips of Borneo here we come!!! SubhanAllah, cantik sungguh pemandangan matahari terbenam. Sempat juga kami bergambar sebelum hari menjadi gelap. Sunnatullah...


2 comments:

Muslimin Agung said...

Salam Wasilah Ukhuwah Fillah

"SubhanAllah, cantik sungguh pemandangan matahari terbenam"

...Negeri Di Bawah Bayu ini bukan matahari terbenam sahaja yang cantik, orang-orangnya pun cantik dan kacak belaka macam Muslimin Agung. GiTOOO...

ZHAFRAN said...

Wah3x

Masuk bakul nampak?
Jangan masuk UMNO sudah
hehehe