Tuesday, December 2, 2008

Kepimpinan: Kuasa @tau Pengaruh???

VS

Berdasarkan event semasa yg berlaku dlm Negara, terpanggil saya utk memenuhkan blog yg kurang berisi nie. Melihat kepada situasi yg berlaku, teringat kembali beberapa artikel yg telah pun dibaca dlm saifulislam.com, bertepatan dgn situasi yg berlaku..apakah kriteria yg diperlukan utk menjadi seorang pemimpin? Teruskan membaca…

Setiap manusia ada pengaruh. Pengaruh itu bermaksud, dirinya berhubung dengan seseorang dan hubungan itu memberi bekas. Ada yang memberi pengaruh positif, ada yang memberi pengaruh negatif. Tetapi jika kita mahu perlakuan dan perkataan kita memberi impak kepada orang lain, ia mesti datang dengan pengaruh. Soal PENGARUH inilah yang sukar untuk dilihat kepentingannya oleh kita, dalam konteks kehidupan yang luas ini.

John C. Maxwell di dalam bukunya ‘Becoming A Person of Influence’, menghuraikan beberapa perkara berkaitan dengan soal kepimpinan. Kepimpinan adalah salah satu cara mengaplikasikan pengaruh.

Kepimpinan yang paling lemah, adalah kepimpinan yang bergantung kepada kuasa dan jawatan. Ada kedudukan, ada jawatan baru boleh memimpin. Ini adalah pemimpin yang paling lemah. Seorang pemimpin yang seperti ini sentiasa berada di dalam keadaan tidak tenteram dan tidak selamat. Beliau akan menggunakan sepenuh keupayaan yang ada untuk mempertahankan kedudukannya, lebih daripada usaha membangunkan dirinya sebagai seorang pemimpin. Kepimpinan yang bergantung kepada jawatan dan kedudukan ini, boleh melanda kepimpinan semuda kepimpinan di sekolah, sampailah kepada kepimpinan di sebuah KERAJAAN dan NEGARA.

Kepimpinan lazim bermula dengan kedudukan dan jawatan (POSITION). Jawatan dan kuasa, adalah lesen yang memudahkan laluan seseorang berperanan. Akan tetapi, lesen itu hanya pengiktirafan kepada kualiti asasnya sebagai ketua dan pemimpin. Justeru ia mestilah ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Apabila seorang ketua berjaya memperlihatkan bibit-bibit kewibawaan pada dirinya, maka pengikut akan mula membenarkan diri mereka dipimpin dan diterajui oleh ketua tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan tahap PERMISSION. Di sini, mungkin pengikut akan membenarkan seorang ketua melaksanakan lebih dari skop kerjanya semata-mata. Pengikutnya akan bertanya lebih dari soal kerja, meminta pandangan tentang satu dua masalah peribadi, dan membolehkan kumpulan atau organisasi tersebut maju setahap lagi ke peringkat PRODUCTION. Kerjasama yang meningkat di antara seorang pemimpin dengan mereka yang dipimpin, akan membolehkan mereka bersinergi. Dengan cara ini, hasil kerja mereka akan jadi lebih produktif. Dalam suasana yang seperti ini, seorang pemimpin itu mungkin selesa bekerja dengan pengikutnya. Tetapi kehilangannya mungkin tidaklah begitu dirasakan. Mengeluh sehari, dan cepat mencari pengganti. Mungkin ramai ADUN yang menerima nasib begini. Kubur masih merah, orang dah berpesta mencari pengganti.

Tetapi jika seorang pemimpin yang sudah elok bergaul dengan pengikutnya, berjaya memberikan impak dan mengubah kehidupan pengikutnya kepada yang lebih baik, maka kepimpinannya sudah naik ke tahap yang keempat iaitu PEOPLE DEVELOPMENT. Pemimpin di tahap ini akan membantu pengikutnya membangunkan potensi diri. Akan tetapi, seorang pemimpin yang benar-benar cemerlang adalah pemimpin yang berjaya sampai ke peringkat kelima. Kepimpinannya bukan hanya memberikan kesan kepada soal taraf kehidupan pengikut, atau kejayaan karier mereka, malah berjaya membentuk pengikutnya menjadi insan yang cemerlang, hasil pengaruh dirinya sendiri ke atas mereka yang dipimpin (PERSONHOOD). Ia sukar untuk dicapai, kecuali selepas seseorang itu menghabiskan seluruh umurnya untuk membangunkan manusia mencapai potensi terbaik mereka.

Inilah ukuran yang mendorong Michael H. Hart meletakkan Nabi Muhammad S.A.W di tempat pertama dalam senarai 100 orang paling berpengaruh dalam sejarah manusia, mengalahkan Isaac Newton dan Jesus Christ sendiri. Bukunya ‘The 100: A Ranking Of The Most Influential Persons In History’, memperkatakan soal PENGARUH, dan faktor inilah yang menjadikan kehidupan seseorang itu sangat signifikan kepada manusia yang lain.

“Optimumkan Platform, Kuasai Suasana”

1 comment:

Muslimin Agung said...

Salam WUFI...

Persoalan yang menarik. Antara kuasa dan pengaruh. Saya sering kali melahirkan rasa kesal dengan sikap dan sifat pimpinan mahasiswa dewasa ini yang memiliki jawatan dan kuasa yang tinggi tetapi malangnya tidak memiliki pengaruh. Jawatan hanya atas nama semata-mata. Jika kita singkap sirah, kita dihidangkan dengan peristiwa meletakkan semula hajarul aswad. Dalam peristiwa bersejarah ini, pemimpin Quraisy melantik seorang pemuda yang bukan ketua (tiada jawatan) tetapi memiliki pengaruh yang sangat luar biasa dengan jiwa kepemudaan yang mampu mengoncang dunia. Dialah Rasulullah s.a.w. Kita seharusnyi mencontohi dan meneladani kepimpinan baginda dan mempelajari ilmu siasah. Jangan hanya berteori tanpa berani berpraktikal di medan jihad sebenar