Wednesday, March 25, 2009

FAHAM???



Seringkali manusia yg bergelar hamba ini mencacatkan malah merosakkan keindahan Islam yg telah diterjemahkan oleh Nabi S.A.W melalui perbuatan, perkataan mahupun apa2 yg didiamkan oleh baginda. Baginda merupakan Al-Quran bergerak yg telah diutuskan oleh Maha Pencipta kpd seluruh umat manusia, tidak kira agama, bangsa, jantina, keturunan, daerah mahupun negeri.

Terkadang terasa sayu mengenangkan situasi2 yg dilihat berlaku dlm kehidupan seharian yg dilalui oleh penulis. Lantaran kegoyahan ukhuwwah, sahabat diketepikan. Lantaran diri mempunyai pengalaman, idea sahabat diabaikan. Hakikatnya, lantaran iman yg lemah tarbiyyah dialpakan.



Sekiranya Al-Khawarizmi mampu mencipta formula bagi menyelesaikan kekusutan masalah2 dlm matematik, masakan tiada formula yg boleh diguna pakai utk menyelesaikan mslh ukhuwwah? Bolehkah formula tadi diaplikasi utk menyelesaikan mslh tarbiyyah? Setelah membelek beberapa buah buku bagi mencari formula tersebut, akhirnya penulis bertemu dgn satu formula yg agak menarik. Formula ini didapati dari sebuah kisah:

Ahmad & Abu adalah pesakit di sebuah rumah sakit mental. Suatu hari, mereka berjalan di tepi kolam renang yg terdapat di hospital tersebut. Tiba-tiba Abu melompat ke dlm kolam yg dlm itu & terus tenggelam. Tanpa memikirkan ttg keselamatannya, Ahmad terjun & menarik Abu ke permukaan air. Dia mengeluarkan Abu & berjaya menyelamatkan Abu. Keesokan harinya adalah hari pemeriksaan bagi Ahmad yg mana hanya dibuat sekali dlm setahun utk menentukan keadaan mentalnya. Dia dibawa berjumpa pengarah hospital lalu beliau memberitahunya, "Ahmad saya ada berita baik & berita buruk utk kamu. Berita baiknya, oleh kerana kamu menyelamatkan Abu semalam, kami menganggap kamu sudah siuman. Jadi kamu boleh meninggalkan hospital ini & kembali ke pangkuan masyarakat. Berita buruknya, Abu yg kamu selamatkan semalam menggantung diri di bilik mandi dgn tali pinggangnya, sejurus selepas kamu menyelamatkannya. " "Dia tidak menggantung dirinya sendiri," jawab Ahmad. "Saya yg menggantungnya sebab saya mahu keringkannya."

Dari kisah ini, penulis boleh mengatakan bahawa Ahmad tidak bersalah. YA, kerana kehidupan ini sentiasa mengenai perspektif. Ahmad sebenarnya mahu menolong Abu. Dlm dunianya yg serba aneh, dia menyamakan Abu yg basah kuyup dgn tuala basah, jadi dia mahu "menjemur" Abu utk mengeringkannya. Lagipun, memang Abu basah kuyup. Ya, niatnya baik. Bagi kita, apa yg dilakukan oleh Ahmad adalah sesuatu yg salah & tidak boleh diterima, tetapi tidak bagi Ahmad. Bagaimana Ahmad melihat dunia sekelilingnya & apa yg dilihatnya? Bagaimana dia mentafsir keadaan Abu? Ketidakstabilan mental membuatkan otaknya mengaitkan semua benda basah dgn dua perkara -tuala & pengering. Jadi, dia pun bertindak mengikut pemahaman ini.

Jika penulis katakan bahawa hujan itu menyusahkan, org lain akan mengatakan bahawa hujan itu menyamankan. Jika penulis menentang keganasan, ada pula akan mengeluarkan hujah mengatakan ada sebab keganasan itu berlaku. Aiskrim menggemukkan? Tidak, ianya memberi tenaga segera. Seperti penulis katakan tadi, kehidupan ini semuanya berkaitan dgn perspektif. Sama seperti persoalan gelas separuh penuh/separuh kosong? Jawapan berdasarkan perspektif hamba tersebut.

Hakikatnya, perspektif ini perlu DIFAHAMI oleh kita yg bergelar hamba ini, bagi mengurangkan rasa tidak puas hati sesama manusia, mewujudkan sifat bertolak-ansur dan mengelakkan sangka buruk (su'udhzon). Kerana kepentingan ini, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna meletakkan rukun baiah yg pertama ialah KEFAHAMAN, barulah disusuli dgn keikhlasan. Utk renungan bersama, mudah-mudahan coretan kali ini memberi manfaat kpd semua pembaca.
Wallahu'alam...

3 comments:

menumpang ruang said...

sunguh menarik apa yang dibincangkan didalam altikel penulis..
perbezaan pandangan memang menjadi lumrah kehidupan. zaman sahabat juga wujud perbezaan pandangan. dan kita perlulah berlapang dada, berfikiran positif dan waras. bukan sekadar menurut hawa nafsu.

tersingah seketika said...

seorang muslim selalu terdedah dengan apa jua ujian dan cabaran. baik dalam diri atau luar. musuh yang mahu menghancurkan diri ada dimana-mana, baik yang nampak ataupun yang ghaib. oleh itu, jadikalah iman sebagai pembenteng diri, ilmu sebagai penunjuk dan takwa sebagai pengawas.

tertulis s said...

dis
inilah pentingnya nasihat menasihati diantara satu sama lain..
peringatan itu berfaedah bagi mereka yang beriman. disamping itu hubungan dan komunikasi yang baik juga penting agar perspektif yang bebeza dapat dafahami..