Saturday, June 13, 2009

Ampunkan Hamba-Mu ini Ya Rabb…



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi masih diberi peluang mencoret dlm laman maya perbadi ini. Tidak lupa juga, nikmat sihat & waktu lapang yg dikurniakan oleh Maha Pencipta memampukan penulis menghadiri kuliah Fiqh Sirah yg dikupas oleh Ustaz Zamri, panel radio IKIM di Surau Al-Furqaan Presint 11, qariah lama penulis sebelum berpindah ke Presint 8 bersama keluarga.

Buku yg dikupas oleh Ustaz Zamri ialah buku Fiqh Sirah 1 karangan Dr Syed Ramadhan Al-Buti, yg merupakan antara bahan bacaan ataupun silibus kegemaran penggerak2 Islam sama ada diperingkat kampus, cawangan, kawasan mahupun negeri. Jujurnya, penulis sendiri kurang berapa faham isi kandungan yg ingin disampaikan oleh ulama’ kontemporer tersebut, namun huraian yg disampaikan oleh Ustaz Zamri yg juga merupakan bekas pelajar Universiti Al-Azhar membuatkan penulis mula mengangguk-angguk tanda mengerti apa yg dibicarakan.


Untuk mengaitkan kenapa tanah arab dipilih & mengapa rasul terakhir dari kalangan orang Arab, penceramah mendedahkan beberapa kisah yg sangat seronok utk didengar. Penulis mula memusatkan seluruh tumpuan bagi memahami isi kandungan ceramah. Penceramah mengaitkan syariat yg bermula dari zaman Nabi Ibrahim hinggalah kepada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Apa yg ingin penulis kongsikan bersama pembaca sekalian bukanlah sorotan kisah yg dibawakan oleh penceramah ketika kuliah, tetapi satu kisah yg mungkin dapat membetulkan beberapa fakta mahupun kefahaman mereka yg bergelar Daie khususnya dan msyrkt umum amnya. Satu kisah yg mungkin para pembaca sekalian sering dengar, kisah mengenai seorang pemuda yg telah membunuh 99 nyawa & mahu bertaubat. Kisah ini diambil dari satu kitab yg bertajuk Hadis-Hadis Kisah.

“Seorang lelaki yg telah membunuh 99 nyawa datang menemui seorang alim pada zamannya dan menyatakan hasratnya utk bertaubat. Lalu alim tersebut berkata kepadanya, “Taubat bagi kamu ialah mati (hukum pancung)”. Pemuda tersebut naik berang lalu membunuh alim tersebut, menjadikan genap bilangan pembunuhan yg dilakukan sebanyak 100 orang. Lalu pemuda ini berjalan lagi mencari alim yg lain, lalu ketemu dia dgn alim yg lain. Lalu dia berkata kepada alim tersebut, dia telah membunuh sebanyak 100 orang, adakah masih boleh dia bertaubat? Lalu alim tersebut mangatakan kepadanya, “Masih terbuka pintu taubat utk kamu, tetapi sekiranya kamu inginkan taubat yg sempurna (nasuha) pergilah kamu ke satu tempat yg didiami oleh a’bidin (golongan abid)”. Lalu pemuda itu pun menuju ke tempat yg dikatakan oleh alim tersebut, namun dalam perjalanan menuju destinasi pemuda tersebut rebah menghembuskan nafas yg terakhir. Lalu jadilah pemuda tersebut ahi syurga”.

Mungkin para pembaca seringkali mendengar kisah ini, malah mungkin terdetik di hati masing2 tentang sikap alim pertama yg dijumpai oleh pemuda tersebut. Mungkin juga terlintas di hati kita, ‘ishk, kenapa alim tu tak bagi dia nak bertaubat?’. Mungkin juga pemikiran2 lain yg bermain dlm medulla oblongata masing2.

Kebenarannya??? Hakikatnya???

“Pemuda yg dimaksudkan dlm hadis tersebut ialah pemuda kaum Nabi Musa A.S. Ulama’ tempat rujukan pemuda tersebut juga merupakan umat Nabi Musa A.S. Kisah ini berlaku selepas kewafatan Nabi Musa A.S. Syariat nabi-nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad tidak lagi menjadi wajib utk diikuti selepas kewafatan nabi mereka, malah ia menjadi pilihan bagi umat manusia ketika itu sama ada mahu meneruskan syariat tersebut ataupun tidak,” terang penceramah. Alim pertama yg dijumpai pemuda tersebut masih lagi berpegang dengan syariat Nabi Musa walaupun selepas kewafatannya. Dalam syariat Nabi Musa, org yg membunuh sekiranya ingin bertaubat mesti dipancung (yakni dibunuh). Berbeza dgn alim yg kedua, dia tidak lagi mengikut syariat Nabi Musa lalu berijtihad bahawa pemuda tersebut boleh bertaubat tetapi mesti menetap di tempat yg diduduki oleh para a’bid.


Begitulah sedikit point yg ingin disampaikan oleh penulis kepada para pembaca sekalian, kerana dlm pemerhatian penulis masyarakat umumnya malah lebih mendukacitakan golongan penggerak2 Islam ini masih dibelenggu dgn masalah2 hati (sangka buruk, berpandangan negatif, dll) dgn ahli2 gerakan sendiri lantaran diri tidak menyisat terlebih dahulu tindakan mahupun perbuatan shbt2 yg lain. Lalu timbullah pelbagai isu yg menjejaskan prestasi yg mungkin menjadi barah dlm perjuangan.

“Ya Allah Yg Maha Kuasa, Ampunilah Dosa Hamba-Mu ini Ya Allah, Hamba-Mu ini hanyalah insan yg lemah, Bantulah Hamba-Mu in Ya Allah, Kuatkanlah iman kami Ya Allah, Agar kami bisa terus melangkah & melangkah…”
“Ya Allah Yg Maha Mengetahui, Kurniakanlah kepada kami apa yg terbaik buat kami, Jgnlah Engkau kurniakan kepada kami apa yg kami minta, Kerana sesungguhnya Engkau Yg Mengetahui apa yg terbaik buat kami…”

No comments: