Thursday, March 24, 2011

Sang Murabbi


"Assalamualaikum", sapa Ustaz Azhar setibanya penulis di sekolah medan baru mencurah ilmu. Kebetulan Ustaz Azhar sedang menuju ke kelas bagi proses P & P, kelihatan ceria Ustaz Azhar di pagi hari.

Setelah dipastikan buroq yang dibawa diparkir dengan kemas, penulis bergerak menuju ke pejabat sekolah. Hari pertama melapor diri di Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah (SMASKP), penulis bertemu dengan Ustaz Rosli pemangku Pengetua sekolah berkenaan bagi mendapat maklumat lanjut berkaitan tugas yang bakal digalas oleh penulis.


Tersenyum penulis apabila diamanahkan mengajar subjek Matematik, subjek yang mudah, Alhamdulillah. Penulis ditunjukkan tempat di bilik guru lelaki serta diberikan buku laporan mengajar. Mata penulis melirik ke buku laporan mengajar sambil berborak dengan guru yang duduk bersebalahan dalam bilik tersebut.

Hari pertama bergelar murabbi berlalu begitu cepat, memandangkan masih belum ada jadual yang khusus, penulis diminta mengganti kelas guru yang tidak hadir. Perkara pertama yang ditanya adalah, “Ganti kelas subjek apa ustaz?”, pantas penulis bertanya. “Bahasa Arab Tingkatan 5”, jawab Ustaz Nazri selamba.

Terkesima penulis diminta mengganti kelas Ustaz Gabr bagi subjek Nahu wa Sorof tingkatan 5 Aisyah. Betul-betul Ustaz Nazri minta penulis ganti kelas Bahasa Arab, ingatkan bergurau. Automatis penulis teringat kata-kata Ustaz Nazri ketika menjamu selera di kantin sekolah bersama guru-guru. Ustaz Nazri memperkenalkan penulis kepada guru-guru yang berada di kantin sekolah ketika itu, ketika menjamu selera ada seorang guru bertanya kepada Ustaz Nazri selaku Guru Penolong Kanan Akademik (GPK Akademik), subjek yang akan diajar oleh penulis. Dengan spontan Ustaz Nazri menjawab, “Ustaz ni mengajar Bahasa Arab boleh, Arab dia A ni”.

Kena buka kitab balik Bahasa Arab ni”, terlintas di fikiran penulis ketika berehat di bilik guru selepas menggantikan kelas Ustaz Gabr. Berdebar penulis menantikan jadual guru ganti keesokan harinya.

“Ya Allah permudahkanlah urusan ku, cekalkan hatiku dan terimalah segala amalanku...”

Amin.....

2 comments:

Unknown said...

Selamat bertugas murobbi..tinggal kat mane?berulang alik ke?

mujadid said...

tinggal kt srbn..
berulang pegi sekolah