Sunday, December 25, 2011

Success Is BUILT Not Born

Faris, Sid, KAS, Aidil, Ammar & Amir
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 baru-baru ini. Memori 9 tahun yang dulu kembali merewang di fikiran bilamanana melihatkan gelagat adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang. Perasaan yang mungkin sama pernah dirasai penulis ketika mengambil sehelai kertas yang pada masa itu memungkinkan penulis untuk memanjangkan langkah  menuju ke menara gading. Seperti ditiup angin, kenangan berlalu meninggalkan penulis yang tersenyum melihat celoteh adik-adik.

Secara jujurnya, penulis gemar membaca akhbar mahupun artikel berkaitan dengan kejayaan pelajar-pelajar di Malaysia ini. Bukan setakat itu, malah jika berkesempatan penulis akan membaca ruangan salam aidilfitri yang menjadi antara kolum yang dimuatkan di akhbar-akhbar tempatan. Rasa seronok membaca ucapan salam serta mengetahui lokasi mereka di serata dunia. Terasa seperti negara Malaysia lah yang banyak melahirkan genius-genius yang bertebaran ke pelosok alam untuk menimba ilmu. Terbit rasa syukur yang amat menjadi  rakyat Malaysia bumi genius ini.

Pada hari keputusan PMR 2011 diumumkan, penulis mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Jarang sekali penulis menjawab panggilan-panggilan sedemikian tetapi pada hari tersebut terjawab jua akhirnya. Panggilan yang menggembirakan hati penulis selaku bekas pendidik di SMASKP.

"Assalamualaikum Ustaz, saya dapat A untuk Matematik",  ucap seorang bekas pelajar penulis. 

ALHAMDULILLAH.....

Nazreen, Aidil & Amiruddin

Kalimah yang pertama keluar dari mulut sejurus mendengar berita tersebut. Penulis sangat bersyukur dengan kejayaan beliau yang memperoleh 8A 1B. Beliau merupakan antara pelajar yang merisaukan penulis ketika berkhidmat sebagai pendidik di sana. Kerisauan penulis bukan secara membuta-tuli, melihatkan prestasinya dalam subjek  yang diajar penulis sangat membimbangkan. Bermacam usaha dilakukan bagi memastikan beliau berada di level yang sama dengan kawan-kawannya, seringkali penulis melebihkan perhatian terhadapnya ketika proses P&P. Kerisauan tersebut bukan sahaja dirasai oleh penulis, malah turut dirasai oleh beberapa orang warga pendidik lagi yang turut mengajar pelajar ini.

Apa yang mampu penulis usahakan di luar proses P&P hanyalah DOA.

Tetapi penulis yakin & percaya, beliau tidak akan duduk diam sambil mengharapkan keajaiban berlaku ketika peperiksaan mahupun keputusan diumumkan. Sebaliknya, beliau telah berusaha sebaik & semaksimum mungkin bagi menempuhi peperiksaan tersebut. See the consequence, he is not BORN with success, but he BUILT it. He deserved to have the success.

Alhamdulillah, TIADA kejayaan yang datang bergolek. TIADA pekerjaan yang datang menerpa. TIADA duit yang datang melayang. Semuanya melalui USAHA.

BERUSAHALAH...

Monday, December 12, 2011

Apa BEZAnya?

Alhamdulillah, penulis mula berjinak-jinak kembali dengan penulisan di medan maya ini. Namun, mengapa agaknya blog ini kian suram dengan perkongsian dari penulis? Adakah kerana penulis terlalu sibuk? Atau mungkinkah kerana penulis sudah berjumpa dengan medan yang lebih sesuai untuk melontarkan idea & pemikiran berkaitan dengan isu semasa mahupun isu sejagat? Atau mungkinkah penulis sudah berasa MALAS untuk menulis kerana mungkin merasakan apa yang ditulis tidak bermanfaat @ tidak dibaca @ tidak difahami oleh para pembaca dan bermacam lagi alasan yang boleh diletakkan oleh penulis yang sedang bermain di fikiran.

Setiap orang berhak menyatakan pendapat mahupun pandangan terhadap situasi tersebut. Mungkin mereka yang cenderung membaca blog penulis lantaran kemasukan entri baru yang dimuatkan sedang memikirkan jawapannya. Adakah penulis sudah berjumpa dengan medan perkongsian yang lebih efektif? Mungkinkah penulis sudah menjadi MALAS? Semuanya ditafsirkan secara berBEZA mengikut tahap dan kecenderungan pemikiran masing-masing.

Jawapannya hanya penulis dan Maha Pendengar saja yang mengetahui. Terpulang kepada mereka yang ingin menafsirkan situasi tersebut secara logik akal mahupun secara saintifik bagi mendapatkan jawapan.

Penulis memulakan bicara pada entri kali ini dengan satu fakta. Sepertimana yang kebanyakan orang maklum, produk apple merupakan antara produk elektronik terlaris di pasaran. Mengapa??? Mungkinkah kerana namanya yang sememangnya Gah dalam pasaran elektronik? Atau mungkinkah kerana lambangnya yang unik menjadi tarikan kepada para pembeli? Masing-masing mempunyai jawapan dan tafsiran yang tersendiri. 

Namun jika kita selidiki, terdapat banyak produk elektronik yang mempunyai fungsi yang sama CUMA nama dan logo yang berbeza turut berada di pasaran. Malah mungkin harganya jauh lebih murah di pasaran berbanding produk apple yang menjadi kebanggaan.


Penulis cuba membuat perbandingan situasi tersebut dengan dunia perGURUan yang ada di negara yang kita cintai ini. Terdapat 2 jenis golongan warga pendidik di negara ini. Satunya yang bergelar GURU TETAP (apple) dan satu lagi diBERI gelaran GURU SANDARAN (durian). Jika kita amati, hakikatnya mereka adalah guru. Tugasan mereka adalah mendidik anak bangsa. Tetapi HAKIKATnya ada perbezaan hakiki yang memBEZAkan mereka lantaran terdapat miracle word next to GURU word. Dua perkataan yang memBEZAkan darjat mereka sebagai guru; TETAP (apple) & SANDARAN (durian).



Why these miracle words can differentiate between those TEACHERS? Is't their fault being attached with that miracle word? Maybe they are choosing the wrong way or maybe they have been chosen to go through the way. For those SANDARAN TEACHERS, maybe at this moment you can apply this, put your hand at your chest and say 'ALL IS WELL' (credit to 3 idiots) to calm your feeling. Maybe there are answers for your questions.

Mungkin itulah qada' & qadarNya yang Maha Esa. Marilah sama-sama renungi maksud Surah Al-Baqarah ayat 216;

"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui".