Wednesday, December 17, 2008

Bio Info: Migrain

Salam Fieldtrip buat saeng2 seperjuangan yg berada di bumi Sabah nie..

Masuk hari ni, da 2 hari empunya diri xberapa chat..Alhamdulillah, Allah masih syg pada hambaNya yg lemah ini..Sebelum melangkah ke fieltrip yg bakal berlangsung, bbrapa revision telah pun dibuat bagi mslh2 kesihatan yg famous dan kerap kali berulang..Bukannya ape, cuma langkah berjaga2 disamping menambah ilmu2 berkaitan kesihatan di dada..(da sakit baru
nak stdy psl sakit)


Antara mslh yg kerap berlaku adalah pening kepala (migrain). Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya.

Punca2 Sakit Kepala

1)Ketegangan
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak
bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.

2)Pengambilan ubat-ubatan
Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.


3)Penyakit Metabolik
Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh
menyebabkan sakit kepala.

4)Kecederaan kepala
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan
pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.


5)Inflamasi salur darah di kepala dan otak
Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang
dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.

6)Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium
Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan
ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya
pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami
ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair
daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan
lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.

Mengubati Migrain:

1)Tanpa ubat

Pengubatan tanpa ubat biasanya dilakukan untuk meringankan gejala migrain dan untuk
pencegahan. Tidur merupakan ubat yang paling mujarab. Untuk mencegah timbulnya migrain,
pesakit dapat dimotivasi untuk mengubah pola hidup yang selama ini dicurigai dapat
mencetuskan timbulnya migrain. Hal ini termasuk menghentikan kebiasaan merokok,
menghindari makanan yang banyak mengandung tiramin seperti keju, hindari pula makanan yang mengandung nitrat tinggi seperti kacang kacangan. Selain itu harus segera melakukan apa
yang disebut pola hidup sihat seperti makan makanan yang bergizi, minum yang cukup, tidur
yang cukup, dan olahraga yang teratur.

2)Dengan ubat

Ubat-ubat diberi untuk dua tujuan iaitu:
A)Untuk mengurangkan sakit (Painkillers)
-untuk memulihkan gejala semasa sakit kepala.
-Ubat-ubatan yang biasa digunakan di Malaysia ialah paracetamol, ibuprofen dan mefenamic acid.
-Untuk orang dewasa yang mengalami migrain, mereka dibekalkan dengan ubat sumatripan
(Imigran) dan Caffein/ergotamine (Carfegot), tetapi tidak secara rutin kepada kanak-
kanak.
-Ubat penahan sakit (painkillers) diberi kepada kanak-kanak yang mengalami sakit
kepala.

B)Ubatan Profilaktik ( Agen yang mencegah perkembangan sesuatu penyakit atau keadaan )
-Ubat ini dibekalkan kepada kanak-kanak yang mengalami sakit kepala yang kerap atau
sakit kepala yang boleh mengganggu aktiviti harian mereka.
-Ubat ini perlu diambil setiap hari untuk mencegah sakit kepala dari berlaku. Ubat ini
tidak menyembuhkan gejala sakit. Contoh ubatan profilaktik ialah flunarizine,
pizotifen, propanolol dan metoprolol.
-Ubatan profilaktik tidak diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami sakit kepala tegang (tension headache)
-Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubatan profilaktik untuk
sakit kepala.

No comments: