Faris, Sid, KAS, Aidil, Ammar & Amir |
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 baru-baru ini. Memori 9 tahun yang dulu kembali merewang di fikiran bilamanana melihatkan gelagat adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang. Perasaan yang mungkin sama pernah dirasai penulis ketika mengambil sehelai kertas yang pada masa itu memungkinkan penulis untuk memanjangkan langkah menuju ke menara gading. Seperti ditiup angin, kenangan berlalu meninggalkan penulis yang tersenyum melihat celoteh adik-adik.
Secara jujurnya, penulis gemar membaca akhbar mahupun artikel berkaitan dengan kejayaan pelajar-pelajar di Malaysia ini. Bukan setakat itu, malah jika berkesempatan penulis akan membaca ruangan salam aidilfitri yang menjadi antara kolum yang dimuatkan di akhbar-akhbar tempatan. Rasa seronok membaca ucapan salam serta mengetahui lokasi mereka di serata dunia. Terasa seperti negara Malaysia lah yang banyak melahirkan genius-genius yang bertebaran ke pelosok alam untuk menimba ilmu. Terbit rasa syukur yang amat menjadi rakyat Malaysia bumi genius ini.
Pada hari keputusan PMR 2011 diumumkan, penulis mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Jarang sekali penulis menjawab panggilan-panggilan sedemikian tetapi pada hari tersebut terjawab jua akhirnya. Panggilan yang menggembirakan hati penulis selaku bekas pendidik di SMASKP.
"Assalamualaikum Ustaz, saya dapat A untuk Matematik", ucap seorang bekas pelajar penulis.
ALHAMDULILLAH.....
Nazreen, Aidil & Amiruddin |
Kalimah yang pertama keluar dari mulut sejurus mendengar berita tersebut. Penulis sangat bersyukur dengan kejayaan beliau yang memperoleh 8A 1B. Beliau merupakan antara pelajar yang merisaukan penulis ketika berkhidmat sebagai pendidik di sana. Kerisauan penulis bukan secara membuta-tuli, melihatkan prestasinya dalam subjek yang diajar penulis sangat membimbangkan. Bermacam usaha dilakukan bagi memastikan beliau berada di level yang sama dengan kawan-kawannya, seringkali penulis melebihkan perhatian terhadapnya ketika proses P&P. Kerisauan tersebut bukan sahaja dirasai oleh penulis, malah turut dirasai oleh beberapa orang warga pendidik lagi yang turut mengajar pelajar ini.
Apa yang mampu penulis usahakan di luar proses P&P hanyalah DOA.
Tetapi penulis yakin & percaya, beliau tidak akan duduk diam sambil mengharapkan keajaiban berlaku ketika peperiksaan mahupun keputusan diumumkan. Sebaliknya, beliau telah berusaha sebaik & semaksimum mungkin bagi menempuhi peperiksaan tersebut. See the consequence, he is not BORN with success, but he BUILT it. He deserved to have the success.
Alhamdulillah, TIADA kejayaan yang datang bergolek. TIADA pekerjaan yang datang menerpa. TIADA duit yang datang melayang. Semuanya melalui USAHA.
BERUSAHALAH...