Sunday, December 25, 2011

Success Is BUILT Not Born

Faris, Sid, KAS, Aidil, Ammar & Amir
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 baru-baru ini. Memori 9 tahun yang dulu kembali merewang di fikiran bilamanana melihatkan gelagat adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang. Perasaan yang mungkin sama pernah dirasai penulis ketika mengambil sehelai kertas yang pada masa itu memungkinkan penulis untuk memanjangkan langkah  menuju ke menara gading. Seperti ditiup angin, kenangan berlalu meninggalkan penulis yang tersenyum melihat celoteh adik-adik.

Secara jujurnya, penulis gemar membaca akhbar mahupun artikel berkaitan dengan kejayaan pelajar-pelajar di Malaysia ini. Bukan setakat itu, malah jika berkesempatan penulis akan membaca ruangan salam aidilfitri yang menjadi antara kolum yang dimuatkan di akhbar-akhbar tempatan. Rasa seronok membaca ucapan salam serta mengetahui lokasi mereka di serata dunia. Terasa seperti negara Malaysia lah yang banyak melahirkan genius-genius yang bertebaran ke pelosok alam untuk menimba ilmu. Terbit rasa syukur yang amat menjadi  rakyat Malaysia bumi genius ini.

Pada hari keputusan PMR 2011 diumumkan, penulis mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Jarang sekali penulis menjawab panggilan-panggilan sedemikian tetapi pada hari tersebut terjawab jua akhirnya. Panggilan yang menggembirakan hati penulis selaku bekas pendidik di SMASKP.

"Assalamualaikum Ustaz, saya dapat A untuk Matematik",  ucap seorang bekas pelajar penulis. 

ALHAMDULILLAH.....

Nazreen, Aidil & Amiruddin

Kalimah yang pertama keluar dari mulut sejurus mendengar berita tersebut. Penulis sangat bersyukur dengan kejayaan beliau yang memperoleh 8A 1B. Beliau merupakan antara pelajar yang merisaukan penulis ketika berkhidmat sebagai pendidik di sana. Kerisauan penulis bukan secara membuta-tuli, melihatkan prestasinya dalam subjek  yang diajar penulis sangat membimbangkan. Bermacam usaha dilakukan bagi memastikan beliau berada di level yang sama dengan kawan-kawannya, seringkali penulis melebihkan perhatian terhadapnya ketika proses P&P. Kerisauan tersebut bukan sahaja dirasai oleh penulis, malah turut dirasai oleh beberapa orang warga pendidik lagi yang turut mengajar pelajar ini.

Apa yang mampu penulis usahakan di luar proses P&P hanyalah DOA.

Tetapi penulis yakin & percaya, beliau tidak akan duduk diam sambil mengharapkan keajaiban berlaku ketika peperiksaan mahupun keputusan diumumkan. Sebaliknya, beliau telah berusaha sebaik & semaksimum mungkin bagi menempuhi peperiksaan tersebut. See the consequence, he is not BORN with success, but he BUILT it. He deserved to have the success.

Alhamdulillah, TIADA kejayaan yang datang bergolek. TIADA pekerjaan yang datang menerpa. TIADA duit yang datang melayang. Semuanya melalui USAHA.

BERUSAHALAH...

Monday, December 12, 2011

Apa BEZAnya?

Alhamdulillah, penulis mula berjinak-jinak kembali dengan penulisan di medan maya ini. Namun, mengapa agaknya blog ini kian suram dengan perkongsian dari penulis? Adakah kerana penulis terlalu sibuk? Atau mungkinkah kerana penulis sudah berjumpa dengan medan yang lebih sesuai untuk melontarkan idea & pemikiran berkaitan dengan isu semasa mahupun isu sejagat? Atau mungkinkah penulis sudah berasa MALAS untuk menulis kerana mungkin merasakan apa yang ditulis tidak bermanfaat @ tidak dibaca @ tidak difahami oleh para pembaca dan bermacam lagi alasan yang boleh diletakkan oleh penulis yang sedang bermain di fikiran.

Setiap orang berhak menyatakan pendapat mahupun pandangan terhadap situasi tersebut. Mungkin mereka yang cenderung membaca blog penulis lantaran kemasukan entri baru yang dimuatkan sedang memikirkan jawapannya. Adakah penulis sudah berjumpa dengan medan perkongsian yang lebih efektif? Mungkinkah penulis sudah menjadi MALAS? Semuanya ditafsirkan secara berBEZA mengikut tahap dan kecenderungan pemikiran masing-masing.

Jawapannya hanya penulis dan Maha Pendengar saja yang mengetahui. Terpulang kepada mereka yang ingin menafsirkan situasi tersebut secara logik akal mahupun secara saintifik bagi mendapatkan jawapan.

Penulis memulakan bicara pada entri kali ini dengan satu fakta. Sepertimana yang kebanyakan orang maklum, produk apple merupakan antara produk elektronik terlaris di pasaran. Mengapa??? Mungkinkah kerana namanya yang sememangnya Gah dalam pasaran elektronik? Atau mungkinkah kerana lambangnya yang unik menjadi tarikan kepada para pembeli? Masing-masing mempunyai jawapan dan tafsiran yang tersendiri. 

Namun jika kita selidiki, terdapat banyak produk elektronik yang mempunyai fungsi yang sama CUMA nama dan logo yang berbeza turut berada di pasaran. Malah mungkin harganya jauh lebih murah di pasaran berbanding produk apple yang menjadi kebanggaan.


Penulis cuba membuat perbandingan situasi tersebut dengan dunia perGURUan yang ada di negara yang kita cintai ini. Terdapat 2 jenis golongan warga pendidik di negara ini. Satunya yang bergelar GURU TETAP (apple) dan satu lagi diBERI gelaran GURU SANDARAN (durian). Jika kita amati, hakikatnya mereka adalah guru. Tugasan mereka adalah mendidik anak bangsa. Tetapi HAKIKATnya ada perbezaan hakiki yang memBEZAkan mereka lantaran terdapat miracle word next to GURU word. Dua perkataan yang memBEZAkan darjat mereka sebagai guru; TETAP (apple) & SANDARAN (durian).



Why these miracle words can differentiate between those TEACHERS? Is't their fault being attached with that miracle word? Maybe they are choosing the wrong way or maybe they have been chosen to go through the way. For those SANDARAN TEACHERS, maybe at this moment you can apply this, put your hand at your chest and say 'ALL IS WELL' (credit to 3 idiots) to calm your feeling. Maybe there are answers for your questions.

Mungkin itulah qada' & qadarNya yang Maha Esa. Marilah sama-sama renungi maksud Surah Al-Baqarah ayat 216;

"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". 

Thursday, March 24, 2011

Sang Murabbi


"Assalamualaikum", sapa Ustaz Azhar setibanya penulis di sekolah medan baru mencurah ilmu. Kebetulan Ustaz Azhar sedang menuju ke kelas bagi proses P & P, kelihatan ceria Ustaz Azhar di pagi hari.

Setelah dipastikan buroq yang dibawa diparkir dengan kemas, penulis bergerak menuju ke pejabat sekolah. Hari pertama melapor diri di Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah (SMASKP), penulis bertemu dengan Ustaz Rosli pemangku Pengetua sekolah berkenaan bagi mendapat maklumat lanjut berkaitan tugas yang bakal digalas oleh penulis.


Tersenyum penulis apabila diamanahkan mengajar subjek Matematik, subjek yang mudah, Alhamdulillah. Penulis ditunjukkan tempat di bilik guru lelaki serta diberikan buku laporan mengajar. Mata penulis melirik ke buku laporan mengajar sambil berborak dengan guru yang duduk bersebalahan dalam bilik tersebut.

Hari pertama bergelar murabbi berlalu begitu cepat, memandangkan masih belum ada jadual yang khusus, penulis diminta mengganti kelas guru yang tidak hadir. Perkara pertama yang ditanya adalah, “Ganti kelas subjek apa ustaz?”, pantas penulis bertanya. “Bahasa Arab Tingkatan 5”, jawab Ustaz Nazri selamba.

Terkesima penulis diminta mengganti kelas Ustaz Gabr bagi subjek Nahu wa Sorof tingkatan 5 Aisyah. Betul-betul Ustaz Nazri minta penulis ganti kelas Bahasa Arab, ingatkan bergurau. Automatis penulis teringat kata-kata Ustaz Nazri ketika menjamu selera di kantin sekolah bersama guru-guru. Ustaz Nazri memperkenalkan penulis kepada guru-guru yang berada di kantin sekolah ketika itu, ketika menjamu selera ada seorang guru bertanya kepada Ustaz Nazri selaku Guru Penolong Kanan Akademik (GPK Akademik), subjek yang akan diajar oleh penulis. Dengan spontan Ustaz Nazri menjawab, “Ustaz ni mengajar Bahasa Arab boleh, Arab dia A ni”.

“Kena buka kitab balik Bahasa Arab ni”, terlintas di fikiran penulis ketika berehat di bilik guru selepas menggantikan kelas Ustaz Gabr. Berdebar penulis menantikan jadual guru ganti keesokan harinya.

“Ya Allah permudahkanlah urusan ku, cekalkan hatiku dan terimalah segala amalanku...”

Amin.....

Monday, March 14, 2011

Alhamdulillah...

Hampir 11 bulan penulis kembali ke Semenanjung, baru2 ini dapat menjejakkan kaki ke tempat menadah ilmu sewaktu di bangku persekolahan bagi berkongsi 'food for thought' dengan adik2 yang masih lagi di bahtera persekolahan.

Peluang ini digunakan sebaiknya memandangkan penulis rapat dengan warden di sekolah tersebut yang juga merupakan salah seorang murabbi di sana. Mendapat kebenaran secara lisan menyakinkan lagi penulis untuk berkongsi ilmu dengan adik2, dengan harapan semoga dipermudahkan urusan.

Kelihatan kereta guru masih memenuhi parkir akibat didenda oleh pengetua bagi menyiapkan laporan pendaftaran bagi setiap tingkatan. Begitulah penulis dimaklumkan oleh salah seorang guru kaunseling di sana. Tidak lama selepas memasuki perkarangan sekolah, kedengaran azan dikumandangkan. Penulis bersama seorang sahabat (Mohd Yusri Safian) yang juga merupakan bekas pelajar di sana bersiap untuk menunaikan solat maghrib.

Seusai Maghrib, penulis berpesan kepada sahabat penulis untuk memberikan sedikit pengisian selepas solat Isya’ untuk para exco dan ajk surau sekolah. Mukanya berubah serta-merta, mungkin terkejut dengan permintaan penulis. Memang sengaja penulis berbuat demikian bagi membuat kejutan, lagipun penulis teringin mendengar pengisian oleh ustaz yang mengambil jurusan Usuluddin ini. Tidak pernah sekalipun penulis mendengar ceramah beliau kerana tidak dapat selalu ketika beliau menyebarkan ilmu di Negeri Sembilan ini memandangkan penulis mengembara menuntut ilmu di oversea. Faktor jarak yang memisahkan kami, tapi alhamdulillah hari ini tercapai jua hasrat penulis.

Lebih kurang 10 minit selepas Isya’, kebanyakan exco dan ajk surau berjaya dikumpulkan setelah beberapa kali pengumuman melalui pembesar suara dibuat. Penulis hanya tersenyum mengamati telatah & kepekaan adik2 apabila dimaklumkan ada perjumpaan dengan kami. Ustaz Yusri memulakan bicara untuk slot perkongsian ilmu bersama adik2, alhamdulillah kelihatan semuanya berjalan lancar.

Ustaz Yusri

Giliran penulis tiba apabila Ustaz Yusri kehabisan idea memandangkan beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu untuk memberi pengisian. Senyum lebar penulis melihat gelagat sahabat baiknya, mencari akal supaya penulis menyambung pengisian.

Inilah dia usrah, set penulis dalam minda sebelum memulakan bicara. Penulis berkongsi mengenai perkara fardhu ain (Rukun Iman & Rukun Islam) kemudian disambung dengan Islam features. Shocked penulis apabila ditanya kepada adik2 masih ada lagi yang tunggang terbalik susunan rukunnya samada Rukun Iman @ Rukun Islam. Namun perkara ini tidak mematahkan, malah menguatkan lagi semangat penulis untuk terus berkongsi dengan adik2 di sana. Alhamdulillah...

“Kadang2 perkara yang disampaikan itu adalah perkara yang baik, tetapi orang yang mendengarnya tidak dapat menerima dengan hati yang terbuka walaupun itu untuk kebaikan dirinya. Ketahuilah bahawa MUNGKIN perkara baik itu terhijab apabila disampaikan atas sebab dosa2 yang dilakukan oleh penyampai”

Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini & berilah ketabahan kepadanya bagi meneruskan usaha untuk menyebarkan kefahaman agamaMu Ya Allah..

Amin Ya Rabb..

Monday, January 18, 2010

Maafkan Daku Wahai Teman

Alhamdulillah, sekali lagi penulis diberi kesempatan untuk menulis di medan maya ini. Semenjak menjejakkan kaki ke kampus bagi mengabiskan saki-baki 'perjuangan' yg tinggal, semakin jauh penulis dgn rutin menaip bagi memenuhi masa lapang disamping berkongsi pendapat dgn para pengunjung blog. Terlalu lama bercuti dari menulis menyebabkan penulis sedikit kekok + kekurangan idea untuk memenuhi entri ini. Namun, penulisan diteruskan. Seperti yang pernah dibaca oleh penulis, DAKWAH tidak pernah berhenti. Lalu penulis 'kias'kan statement tersebut dgn penulisan di alam maya ini. Tidak sepatutnya para blogger (khasnya penulis) menulis bagi memberi pendapat mahupun mengkritik pandangan orang lain hanya apabila timbul sesuatu isu Sikap yang sepatutnya ada pada setiap blogger yang menggelar diri mereka 'pendakwah cilik' yang menyokong penyebaran DAKWAH di alam maya ini ialah menulis bagi memperingati dan menasihati para pengunjung blog khususnya dan kenalan2 lain amnya.

Lantaran itu, penulis kembali menggagahkan diri mencuri masa yang ada untuk menulis sesuatu yang mungkin ada kebaikannya kepada orang lain. Allahu ubarik fik...

Berkongsi pendapat dgn sahabat2 yang menyibukkan diri dalam mana2 organisasi di kampus terutamanya sesuatu yang tidak asing bagi penulis memandangkan pernah terjun ke dalam bidang tersebut. Malah berbual santai mengenai kelangsungan meneruskan gerak kerja organisasi merupakan topik bualan yang sering bermain di bibir penulis.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan...
Semakin lama penulis meninggalkan urusan pentadbiran organisasi, semakin penulis lupa dengan rutin yang pernah menyebabkan penulis dihimpit kesibukan lantaran tidak pandai menyusun waktu dengan betul.

Mengeluh
Letih...
Sibuk...

Itulah antara yang bermain di fikiran penulis ketika itu.

Namun kini, segalanya tinggal kenangan. Tidak pernah lagi penulis tertidur ketika memandu motosikal pulang ke hostel. Tidak pernah lagi kini penulis bermesyuarat hingga lewat pagi.

Kepimpinan baru yang naik menggantikan kepimpinan lama tampak lebih gah dengan barisan kepimpinan yang kebanyakannya malah boleh dikatakan 95% adalah wajah2 baru. Dimensi pemikiran yang baru mungkin menerjah ruang legar kampus terutama pemikiran anak muda yang bergelar mahasiswa.

Setelah lama bersauh, semakin jauh rasanya penulis ditinggalkan oleh kapal. Dahulunya kelihatan jelas wajah2 mereka yang menakhoda kapal tersebut, namun kini bayangnya sahaja yang tinggal sebagai tatapan penulis.

Jambatan gantung Kuala Dipang runtuh
Kapal Titanic karam terlanggar iceberg

Begitulah juga dengan kapal yang dinakhoda oleh saff kepimpinan baru ini. Bagai menurut sunnatullah, kapal yang dinakhoda mengalami kebocoran pada tempat2 tertentu lantaran lama berada di perairan.


Terlintas di fikiran penulis, adakah penulis yang bersalah kerana meninggalkan kapal tersebut tanpa pantauan? Mungkinkah bersalah penulis kerana tidak menjadi tukang tampal pada kebocoran kapal tersebut? Segalanya mungkin barangkali pada pendapat penulis.

Buat shbt2 mantan pimpinan, maafkan diri ini kerana alpa...
Buat saff kepimpinan, maafkan diri ini lantaran terlalu awal melabuhkan sauh...

Wednesday, July 15, 2009


Sekitar 10 minit berlalu penulis tiba di rumah kediaman sementara milik kerajaan yg dihuni dgn title goverment server atas nama ibunda penulis. Alhamdulillah, penulis sekeluarga selamat tiba ke teratak yg terletak di kubu kuat kerajaan BN di semenanjung tanah air yg dinamakan Putrajaya.

Sebelum menamatkan perkhidmatan dlm kerajaan, ayahanda sempat menyiapkan sebuah rumah utk diduduki oleh kami sekeluarga yg terletak di Sungai Buloh, Selangor. Kediaman yg dibina atas tanah lot ini didirikan sendiri oleh ayahanda bermula dari proses jual beli tanah hinggalah proses pecah tanah kediaman tersebut. Pemantauan dari masa ke masa dilakukan bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah masa, barang mahupun wang ringgit. Kediaman tersebut telah siap dibina sekitar tahun 2006 & hanya menanti kedatangan penghuninya. Boleh dikatakan, setiap hujung minggu ayahanda & keluarga akan pulang ke kediaman tersebut. Kediaman tersebut dikelilingi oleh rumah2 anak buah ayahanda yg juga merupakan anak kepada pemilik tanah lot tersebut.

Beberapa minit selepas tiba di Putrajaya, handphone ibunda berbunyi. Panggilan tersebut dijawab oleh ibunda dlm keadaan masih lengkap bertudung kerana tidak sempat membukanya seusai tiba di rumah. Tidak lama kemudian, nada suara ibunda seakan-akan terkejut. Pantas penulis menghampiri ibunda utk mengetahui apa yg berlaku. Dlm nada sebak ibunda memberitahu, "Jamal meninggal, excident motor tadi". Bergenang kelopak mata ibunda mengenangkan cucunya yg pergi menghadap Ilahi.

Ya Allah...
Tak dapat penulis membayangkan macam mana perasaan kedua ibubapa Alllahyarham ketika mendengar berita kematian anak mereka yg tidak sampai sebulan lagi akan menaiki jinjang pelamin? Sedangkan hati seorang nenek pun sebak, apatah lagi perasaan ibu yg melahirkan. Yg lebih menyedihkan lagi, Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar lari oleh sebuah kereta yg meluncur laju di belakang ketika Allahyarham jatuh dari motorsikalnya sewaktu dlm perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Innalillahi wa inna ilahi rajiuun....

"Idris, masuk minum teh", pelawa ayahanda kepada anakbuahnya yg juga merupakan bapa kepada Allahyarham. "Takpelah busu, nak pegi beli tilam pengantin kejap. Balik nanti singgah minum", jawab Abg Idris pada petang hari kejadian.

Namun, inilah qada' qadarNya yg Maha Esa. Tilam yg ditempah akan dihantar pada hari keesokan harinya yakni pada hari pengebumian jenazah Allahyarham.
Al-Fatihah.........

Saturday, June 27, 2009

Ese Da Koba, @#$%& Tak Cayo!!!

Seperti biasa, seusai mencelikkan mata selepas mati sementara selepas fardhu Subuh penulis bergerak ke ruang tamu. Tidak hairan di mata penulis apabila melihat barang2 yg digunakan semalam masih berhamburan di ruang tamu utk tujuan pengeringan selepas dicuci. Mungkin pemandangan ini agak menjelikkan bagi mereka yg belum pernah menjadi tetamu di kediaman ini, pening kepala penulis memikirkan bagaimana caranya hendak menyusun semua alat2 yg memenuhi ruang tamu yg kecil ini.

Penulis mengabaikan lumrah kediaman ini & terus bergerak ke sofa utk melabuhkan diri. Bagaikan terduduk akan sesuatu, penulis bangkit kembali & meneliti apakah yg penulis dudukkan tadi. Penulis tersenyum sambil mengingat kembali kata ayahanda semalam,

"Esok abah pegi sekolah adik, ada solat hajat & penyerahan buku laporan pelajaran," ungkap abah sekadar memberitahu.

Dengan perlahan penulis menyiasat isi kandungan buku tersebut, terbaca komen guru kelas adik yg mengomen mengenai peningkatan prestasi adik dlm subjek Bahasa. Namun, ada sedikit komen yg tidak sedap dibaca mengenai subjek Matematik & Sains yg dipelajari dlm Bahasa International tersebut.

Mata penulis memerhati keputusan peperiksaan adik. Menelan air liur penulis melihat keputusan bagi subjek Sains & Matematik yg mencacatkan buku laporan tersebut. Menggeleng seketika penulis sambil beristighfar.


Mengapa warna dakwat yg digunakan utk menulis markah bagi dua subjekl ini berbeza dgn warna dakwat subjek2 lain? Penulis cuba mendapatkan kepastian dari adik, namun tiada sebarang jawapan yg diberi. Penulis cuba mencari faktor penyebab kemerosotan akademik ini.

Setelah diteliti, barulah penulis dpt membuat hipotesis yg masih belum terbukti secara sahihnya bahawa pengajaran subjek Matematik & Sains dlm Bahasa Inggeris yg menyebabkan kemerosotan ini terjadi. Hipotesis yg pada tafsiran penulis ada betulnya & kuat nalurinya dlm hati penulis. Sekiranya hendak mengetahui kesimpulannya, tukarkan pemboleh ubah dimanipulasi yakni pengajaran dlm Bahasa Inggeris bagi kedua2 subjek ke Bahasa Malaysia. Barulah dpt dibuktikan hipotesis penulis tadi.

Pada pandangan penulis, sekiranya ingin memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris pengajaran Bahasa tersebut yg perlu dimantapkan sama ada dari sudut pengajaran, alat bantu mengajar & sekiranya perlu dimantapkan tenaga pengajarnya. Barulah hasilnya dpt dilihat dari sudut peningkatan prestasi bukan sahaja bagi subjek Bahasa Inggeris, namun bagi ketiga-tiga subjek tersebut yakni B.Inggeris, Matematik & Sains.

Entry kali ini hanyalah pandangan penulis & mungkin kebanyakan pendapat rakyat Malaysia di luar sana...

Tuesday, June 23, 2009

Terima Kasih Cikgu!!!



Alhamdulillah, cuti kali ini penulis berpeluang turun padang ke kampus terawal yakni tempat penulis mengenal erti berjauhan dgn kedua ibubapa, membasuh pakaian sendiri dan perasaan2 lain yg turut sama dirasai oleh pelajar yg baru mengenal erti hidup di asrama. Kehidupan berdikari byk mengajar penulis mengenali ragam kehidupan menjadikan penulis lebih memahami erti kehidupan.

Beberapa hari selepas pulang ke tanah air, ketika Malaysia masih berada dlm suasana Hari Guru, penulis menerima satu kiriman pesanan ringkas dari ummi yg juga merupakan bekas tenaga pengajar di kampus terawal tempat penulis belajar berdikari. Semasa berada di kepulauan Borneo, jrg sekali penulis menghantar pesanan ringkas kepada ummi bertanyakan khabar, lantaran diri yg disibukkan dgn kerja2 lain. Hinggakan nombor telefon ummi pun sudah tiada dlm simpanan penulis apabila handphone diformat akibat diserang virus yg tidak diketahui mana datangnya. Namun, jauh di benak hati tidak pernah dilupakan jasa ummi yg pernah mendidik penulis hingga berjaya melangkah menuju ke menara gading kini. Namun, di akhir perbualan melalui pesanan ringkas itu, terselit satu harapan. Harapan dari seorang GURU kepada bekas seorang anak muridnya,

"Nanti kalau ada masa, Hafiz turunlah sekolah. Jenguk adik2. Kesian ustazah tgk, prestasi sekolah dah makin merosot".

Pesanan yg cukup ringkas, namun mempunyai makna yg tersirat . Termenung penulis memikirkan harapan tersebut. Secara spontan, teringat kenangan ketika turun ke sekolah 2 tahun lalu mengadakan program motivasi utk adik2 tingkatan satu. Terasa bagaikan kepulangan kali ini dinanti org2 tertentu yg memandang kebolehan bekas pelajar menjadi penggerak utama bagi memotivasikan & meningkatkan prestasi adik2 di sekolah.

Tersimbah perasaan aneh ketika kaki mula melangkah masuk ke pagar sekolah. Bagai menjejakkan kaki ke sekolah yg baru, suasananya, para pelajarnya, bangunannya & yg paling ketara raut wajah guru2nya. Tidak kelihatan lagi Ustaz Wan yg selalu mengejut Subuh dgn rotannya, tidak terdengar lagi suara Ustazah Norliah yg sering menyergah pelajar ketika menggalas jawatan guru disiplain sekolah, tidak kelihatan lagi raut wajah cikgu Saadah yg tekun mengajar anak murid subjek Matematik. Teringat kembali saat2 bertalaqqi dgn guru2 ketika masih menuntut di sana.


"Hafiz, iqra", kata Ustazah Kamariah. Sekiranya tidak disuruh iqra', nantikan sahaja kalimah ngeri tarajjim yg menjadi ketakutan kebanyakan pelajar di dlm kelas. "Pis, ape jawapan soalan ni?", tanya seorang shbt dlm subjek hisab kegemaran penulis. Namun, jelas ketika itu dpt penulis rasakan semua guru yg mendidik di sekolah tersebut semuanya berusaha gigih walaupun mungkin mereka disuruh mengajar subjek bukan kepakaran mereka. Mungkin juga sekiranya anak muridnya tidak dikurniakan IQ yg tinggi, mereka tetap berusaha menyuluh jalan anak murid ke tempat terbaik yg boleh dicapai oleh mereka. Begitulah perasaan & tanggapan penulis kepada tenaga pengajar sekitar tahun 90an hingga 2000.

Termenung penulis seketika bilamana mengingatkan kembali butiran pesanan ringkas ummi beberapa hari sebelum penulis menjejakkan kaki ke sekolah. Penulis cuba menerbitkan beberapa hipotesis apabila memerhati gelagat pelajar & guru yg kebanyakannya baru di sekolah tersebut. Tersangkut 2-3 hipotesis di medulla oblongata setelah ditafsir oleh pengamatan penulis.


Sukar utk penulis ungkapkan mahupun tulis di medan maya ini. Namun, rasanya perlu utk penulis coretkan. Mudah2an usaha yg difikirkan betul oleh penulis ini diterjemahkan oleh Maha Mengetahui supaya dapat mengubah pemikiran segelintir tenaga pengajar yg baru memulakan career sebagai guru.

"Nak tanda kertas Bhs Arab kelas 2 @#$%& dulu lah, budak2nya pandai xlah pening nak fikir. Kalau tanda kelas @#$%& ni dulu kang, xdpt nak tanda kertas lain." "Ishk, apela @#$%& benar budak ni, tadi kata dpt jawab", rungut seorang guru lain.

Itulah antara senario yg dpt penulis saksikan & lebih mendukacitakan penulis dengari dgn telinga yg dikurniakan oleh Kholiq yg Maha Pemurah. Tidak berniat di hati penulis utk menyakiti hati mana2 pihak terutamanya mereka yg berkecimpung in this noble job.

Bukan salah anak murid sekiranya tidak dikurniakan IQ yg tinggi...
Bukan salah pihak sekolah sekiranya tidak dpt menyediakan facilities yg lengkap bagi tujuan p&p...

Ya Allah Yg Maha Mengetahui, Ampunilah HambaMu ini
Jauhilah Kami Perasaan Sangka Buruk
Jadikanlah Kami Hamba Yg Sentiasa Bersyukur Dgn NikmatMu
Berikanlah Kami Kekuatan Mendidik Anak Bangsa
Berikanlah Kejayaan Kepada Anak Didik Kami
Dgn Berkat & RahmatMu Ya Allah...

Saturday, June 13, 2009

Ampunkan Hamba-Mu ini Ya Rabb…



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi masih diberi peluang mencoret dlm laman maya perbadi ini. Tidak lupa juga, nikmat sihat & waktu lapang yg dikurniakan oleh Maha Pencipta memampukan penulis menghadiri kuliah Fiqh Sirah yg dikupas oleh Ustaz Zamri, panel radio IKIM di Surau Al-Furqaan Presint 11, qariah lama penulis sebelum berpindah ke Presint 8 bersama keluarga.

Buku yg dikupas oleh Ustaz Zamri ialah buku Fiqh Sirah 1 karangan Dr Syed Ramadhan Al-Buti, yg merupakan antara bahan bacaan ataupun silibus kegemaran penggerak2 Islam sama ada diperingkat kampus, cawangan, kawasan mahupun negeri. Jujurnya, penulis sendiri kurang berapa faham isi kandungan yg ingin disampaikan oleh ulama’ kontemporer tersebut, namun huraian yg disampaikan oleh Ustaz Zamri yg juga merupakan bekas pelajar Universiti Al-Azhar membuatkan penulis mula mengangguk-angguk tanda mengerti apa yg dibicarakan.


Untuk mengaitkan kenapa tanah arab dipilih & mengapa rasul terakhir dari kalangan orang Arab, penceramah mendedahkan beberapa kisah yg sangat seronok utk didengar. Penulis mula memusatkan seluruh tumpuan bagi memahami isi kandungan ceramah. Penceramah mengaitkan syariat yg bermula dari zaman Nabi Ibrahim hinggalah kepada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Apa yg ingin penulis kongsikan bersama pembaca sekalian bukanlah sorotan kisah yg dibawakan oleh penceramah ketika kuliah, tetapi satu kisah yg mungkin dapat membetulkan beberapa fakta mahupun kefahaman mereka yg bergelar Daie khususnya dan msyrkt umum amnya. Satu kisah yg mungkin para pembaca sekalian sering dengar, kisah mengenai seorang pemuda yg telah membunuh 99 nyawa & mahu bertaubat. Kisah ini diambil dari satu kitab yg bertajuk Hadis-Hadis Kisah.

“Seorang lelaki yg telah membunuh 99 nyawa datang menemui seorang alim pada zamannya dan menyatakan hasratnya utk bertaubat. Lalu alim tersebut berkata kepadanya, “Taubat bagi kamu ialah mati (hukum pancung)”. Pemuda tersebut naik berang lalu membunuh alim tersebut, menjadikan genap bilangan pembunuhan yg dilakukan sebanyak 100 orang. Lalu pemuda ini berjalan lagi mencari alim yg lain, lalu ketemu dia dgn alim yg lain. Lalu dia berkata kepada alim tersebut, dia telah membunuh sebanyak 100 orang, adakah masih boleh dia bertaubat? Lalu alim tersebut mangatakan kepadanya, “Masih terbuka pintu taubat utk kamu, tetapi sekiranya kamu inginkan taubat yg sempurna (nasuha) pergilah kamu ke satu tempat yg didiami oleh a’bidin (golongan abid)”. Lalu pemuda itu pun menuju ke tempat yg dikatakan oleh alim tersebut, namun dalam perjalanan menuju destinasi pemuda tersebut rebah menghembuskan nafas yg terakhir. Lalu jadilah pemuda tersebut ahi syurga”.

Mungkin para pembaca seringkali mendengar kisah ini, malah mungkin terdetik di hati masing2 tentang sikap alim pertama yg dijumpai oleh pemuda tersebut. Mungkin juga terlintas di hati kita, ‘ishk, kenapa alim tu tak bagi dia nak bertaubat?’. Mungkin juga pemikiran2 lain yg bermain dlm medulla oblongata masing2.

Kebenarannya??? Hakikatnya???

“Pemuda yg dimaksudkan dlm hadis tersebut ialah pemuda kaum Nabi Musa A.S. Ulama’ tempat rujukan pemuda tersebut juga merupakan umat Nabi Musa A.S. Kisah ini berlaku selepas kewafatan Nabi Musa A.S. Syariat nabi-nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad tidak lagi menjadi wajib utk diikuti selepas kewafatan nabi mereka, malah ia menjadi pilihan bagi umat manusia ketika itu sama ada mahu meneruskan syariat tersebut ataupun tidak,” terang penceramah. Alim pertama yg dijumpai pemuda tersebut masih lagi berpegang dengan syariat Nabi Musa walaupun selepas kewafatannya. Dalam syariat Nabi Musa, org yg membunuh sekiranya ingin bertaubat mesti dipancung (yakni dibunuh). Berbeza dgn alim yg kedua, dia tidak lagi mengikut syariat Nabi Musa lalu berijtihad bahawa pemuda tersebut boleh bertaubat tetapi mesti menetap di tempat yg diduduki oleh para a’bid.


Begitulah sedikit point yg ingin disampaikan oleh penulis kepada para pembaca sekalian, kerana dlm pemerhatian penulis masyarakat umumnya malah lebih mendukacitakan golongan penggerak2 Islam ini masih dibelenggu dgn masalah2 hati (sangka buruk, berpandangan negatif, dll) dgn ahli2 gerakan sendiri lantaran diri tidak menyisat terlebih dahulu tindakan mahupun perbuatan shbt2 yg lain. Lalu timbullah pelbagai isu yg menjejaskan prestasi yg mungkin menjadi barah dlm perjuangan.

“Ya Allah Yg Maha Kuasa, Ampunilah Dosa Hamba-Mu ini Ya Allah, Hamba-Mu ini hanyalah insan yg lemah, Bantulah Hamba-Mu in Ya Allah, Kuatkanlah iman kami Ya Allah, Agar kami bisa terus melangkah & melangkah…”
“Ya Allah Yg Maha Mengetahui, Kurniakanlah kepada kami apa yg terbaik buat kami, Jgnlah Engkau kurniakan kepada kami apa yg kami minta, Kerana sesungguhnya Engkau Yg Mengetahui apa yg terbaik buat kami…”

Friday, May 29, 2009

Merenung Masa Depan...



Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur sambil diberi bonus oleh Maha Pencipta dihindar dari virus mahupun penyakit berbahaya sprt virus HINI & penyakit Alzheimer. Bersyukur juga kerana masih mampu menulis & mengingati detik2 berSEJARAH dalam kehidupan yg berbaki ini utk dijadikan coretan buat para pembaca sekalian. Terbaca komen shbt2 bertanyakan tentang post terbaru utk ditatapi. Sedih juga hati bila diri ini hanya sekadar mampu menatap laman maya peribadi ini tanpa berkesempatan memuatkan bacaan baru lantaran diri yg dihimpit kesibukan. Walaupun bercuti, namun cuti kali ini tetap diisi penulis dgn perkara yg agak berfaedah di pandangan mata penulis setelah hampir setahun tidak menjejakkan kaki kampung halaman.

Sejarah Semalam & Akan Datang…

9hb Mei 2009

Penulis bersama rakan sepenerbangan

9hb Mei merupakan tarikh yg dipilih oleh penulis utk kembali ke kampung halaman setelah hampir setahun berada di kepulauan Borneo. Kepulangan kali ini mungkin membawa makna yg besar buat shbt2 seperjuangan yg telah pun berjaya menamatkan pengajian & menunggu hari pengijazahan. Mungkin perasaan gembira bercampur duka menyelami perasaan Sahabat Sejati memandangkan beliau berjaya menghabiskan pengajian dlm tempoh yg ditetapkan. Moga2 kepulangan beliau akan menyuburkan lagi dakwah di bumi Tuk Guru nanti.

Penantian selama hampir setahun membuatkan penulis merasa sedikit kelainan, mungkin sudah lama tidak menjejakkan kaki ke bumi semenanjung ataupun istilahnya “oversea” apabila berbicara menerusi telefon dgn shbt2 yg berada di semenanjung. Penerbangan yg dijadualkan pada jam 5.30 ptg itu dinanti dgn penuh sabar oleh penulis & shbt2 sepenerbangan. Sekitar jam 5.30 ptg, satu pengumuman memaklumkan mengenai kelewatan perlepasan pesawat pilihan penulis setengah jam kemudian. Setelah dua kali mengumumkan kelewatan perlepasan, akhirnya penulis & shbt2 sepenerbangan terpaksa akur dgn keputusan juruterbang utk tidak mengambil risiko menerbangkan pesawat terbabit yg mengalami masalah teknikal walaupun masih selamat utk diterbangkan. Namun penulis bersama penumpang2 lain diberi layanan istimewa sementara menunggu hari esok utk penerbangan gentian yg dijadual pada jam 11 pagi.

Semasa dlm perjalanan ke hotel penginapan, penulis menerima satu sistem pesanan ringkas dari seorang senior yg bakal bergraduasi bulan Oktober nanti bertanyakan kedudukan penulis & shbt2, mungkin bimbang akan keselamatan kami yg telah pun dianggap sebagai adiknya. Petang sebelum berlepas, senior tersebut sempat menghantar kami ke lapangan terbang bersama keluarganya. Titik tolak permulaan balas-membalas pesanan ringkas senior tersebut bermula apabila penulis mengkhabarkan kpd beliau tentang pembatalan penerbangan penulis ke Kuala Lumpur. Teringat penulis satu pesanan ringkas beliau kpd penulis yg membawa makna tersirat yg berbunyi,

“Ok, itu tandanya Hafiz kena bermastautin lebih lama lagi di Sabah.”

Hmm…Termenung penulis mengenangkan pesanan ringkas tersebut. InsyAllah sekiranya ditakdirkan…

Akan Datang

Beberapa hari yg lalu, penulis dihubungi rakan seprogram yg bertanyakan tentang tiket pulang ke kampus. Dalam perbualan tersebut, terselit beberapa perbualan tentang masa depan kami pelajar Biotechnology. Bila mengenangkan kembali, penulis masih menggalas tanggungjawab yg harus malah mesti ditunaikan bagi merelisasikan harapan kedua ibubapa yg ingin melihat anak mereka bergraduasi. Pengajian yg masih berbaki ini membuatkan penulis berfikir panjang. Apa yg perlu diisi penulis utk semester yg berbaki ini masih difikirkan disamping melengkapkan Tesis yg menjadi salah satu syarat pengijazahan. Doa ibubapa & shbt2 menjadi pendorong & semangat utk menamatkan pengajian dgn jayanya. Bukan setakat itu shj, mudah-mudahan dgn ilmu yg dicedok jauh dari kepulauan Borneo ini mampu mengukuhkan lagi langkah penulis utk menghadapi kehidupan menempuh yg mendatang, insyAlah…..

Sunday, April 5, 2009

Delusi Ummi



Kau sentuh cahaya dengan jemari mu
Dibalik tabir mimpi di raungan merindu
Mengimbas figura di kesumba senja
Tak siapa mendengar ratap hati bonda
Di hadap ranumnya kasih yang manis bermadu
Mengapa kau hanya mengunyah pahit hempedu

Ummi engkau berdelusi
Impian ilusi
Mimpi jadi ngeri mengusik dinihari
Ummi engkau kehampaan
Dambaan igauan janji hanya mainan
Gurauan di bibir kau kutip jadi sandaran

Keperitan itu teman mu yang sejati
Di hujungnya bahgia menanti
Bersama harapan dan pengorbanan diri
Terus berbakti

Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa
Sebak dada tidak ketara
Tenangnya wajah tabah kau hadapi
Kerana kau yakin Tuhan lebih mengasihi

Ummi…

Monday, March 30, 2009

"Berkata Benar Walaupun Kebenaran Itu Pahit"


Firman Allah S.W.T dlm Surah Al-Baqarah ayat 42:

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui."

Melihat kekacauan politik yg berlaku dlm negara, teringin penulis berkongsi dgn pembaca sekalian pendapat peribadi berkaitan isu-isu POLITIK ataupun dlm bahasa lainnya 'siasah' yg telah pun diterjemahkan oleh beberapa parti-parti politik dlm negara.

Terpanggil penulis utk berkongsi dgn semua pembaca beberapa isu yg semakin hangat diperbual dan dibincangkan malah menjadi bualan harian mahasiswa mahupun masyarakat awam yg tercari-cari KEBENARAN yg cuba ditegakkan oleh beberapa parti politik yg wujud dlm negara. Tidak kurang juga, ada parti politik yg berdiri di sebalik kebenaran bagi menegakkan KEBENARAN yg pada perspektif mereka adalah kebenaran bukannya kesalahan.

Mutakhir ini, semakin hampir pilihanraya kecil '2 Bukit', semakin byk ragamnya mereka yg digelar ahli politik ini. Bermacam cara digunapakai utk memenangi hati pengundi DUN masing2, hinggalah sanggup memutarbelitkan beberapa fakta yg berlaku di hadapan rakyat jelata merangkap pengundi DUN masing2...

Isu berkaitan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar yg dijemput oleh imam masjid bagi mengimamkan solat magrib di masjid berkenaan yg kebetulan menganjurkan bacaan Yasin yg dianjurkan parti berhaluan kiri (pembangkang bagi kerajaan PR) menjadi bahan putaran mereka yg kononnya berpartikan parti yg perjuangkan bangsa Melayu...


Terlalu dahsyat tohmahan mahupun tuduhan yg dilemparkan oleh parti lawan menerusi berita2 yg disiarkan dlm media yg telah dimanipulasi secara langsung oleh parti majoriti kononya itu..

Teringat input berguna yg penulis dapati dlm blog seorang pendakwah berjemaah yg aktif di medan maya ini,

"Tegakkanlah kebenaran, bukan menegakkan siapa yg benar kerana kebenaran itu lebih berguna & bernilai berbanding org yg dibenarkan"

Wednesday, March 25, 2009

FAHAM???



Seringkali manusia yg bergelar hamba ini mencacatkan malah merosakkan keindahan Islam yg telah diterjemahkan oleh Nabi S.A.W melalui perbuatan, perkataan mahupun apa2 yg didiamkan oleh baginda. Baginda merupakan Al-Quran bergerak yg telah diutuskan oleh Maha Pencipta kpd seluruh umat manusia, tidak kira agama, bangsa, jantina, keturunan, daerah mahupun negeri.

Terkadang terasa sayu mengenangkan situasi2 yg dilihat berlaku dlm kehidupan seharian yg dilalui oleh penulis. Lantaran kegoyahan ukhuwwah, sahabat diketepikan. Lantaran diri mempunyai pengalaman, idea sahabat diabaikan. Hakikatnya, lantaran iman yg lemah tarbiyyah dialpakan.



Sekiranya Al-Khawarizmi mampu mencipta formula bagi menyelesaikan kekusutan masalah2 dlm matematik, masakan tiada formula yg boleh diguna pakai utk menyelesaikan mslh ukhuwwah? Bolehkah formula tadi diaplikasi utk menyelesaikan mslh tarbiyyah? Setelah membelek beberapa buah buku bagi mencari formula tersebut, akhirnya penulis bertemu dgn satu formula yg agak menarik. Formula ini didapati dari sebuah kisah:

Ahmad & Abu adalah pesakit di sebuah rumah sakit mental. Suatu hari, mereka berjalan di tepi kolam renang yg terdapat di hospital tersebut. Tiba-tiba Abu melompat ke dlm kolam yg dlm itu & terus tenggelam. Tanpa memikirkan ttg keselamatannya, Ahmad terjun & menarik Abu ke permukaan air. Dia mengeluarkan Abu & berjaya menyelamatkan Abu. Keesokan harinya adalah hari pemeriksaan bagi Ahmad yg mana hanya dibuat sekali dlm setahun utk menentukan keadaan mentalnya. Dia dibawa berjumpa pengarah hospital lalu beliau memberitahunya, "Ahmad saya ada berita baik & berita buruk utk kamu. Berita baiknya, oleh kerana kamu menyelamatkan Abu semalam, kami menganggap kamu sudah siuman. Jadi kamu boleh meninggalkan hospital ini & kembali ke pangkuan masyarakat. Berita buruknya, Abu yg kamu selamatkan semalam menggantung diri di bilik mandi dgn tali pinggangnya, sejurus selepas kamu menyelamatkannya. " "Dia tidak menggantung dirinya sendiri," jawab Ahmad. "Saya yg menggantungnya sebab saya mahu keringkannya."

Dari kisah ini, penulis boleh mengatakan bahawa Ahmad tidak bersalah. YA, kerana kehidupan ini sentiasa mengenai perspektif. Ahmad sebenarnya mahu menolong Abu. Dlm dunianya yg serba aneh, dia menyamakan Abu yg basah kuyup dgn tuala basah, jadi dia mahu "menjemur" Abu utk mengeringkannya. Lagipun, memang Abu basah kuyup. Ya, niatnya baik. Bagi kita, apa yg dilakukan oleh Ahmad adalah sesuatu yg salah & tidak boleh diterima, tetapi tidak bagi Ahmad. Bagaimana Ahmad melihat dunia sekelilingnya & apa yg dilihatnya? Bagaimana dia mentafsir keadaan Abu? Ketidakstabilan mental membuatkan otaknya mengaitkan semua benda basah dgn dua perkara -tuala & pengering. Jadi, dia pun bertindak mengikut pemahaman ini.

Jika penulis katakan bahawa hujan itu menyusahkan, org lain akan mengatakan bahawa hujan itu menyamankan. Jika penulis menentang keganasan, ada pula akan mengeluarkan hujah mengatakan ada sebab keganasan itu berlaku. Aiskrim menggemukkan? Tidak, ianya memberi tenaga segera. Seperti penulis katakan tadi, kehidupan ini semuanya berkaitan dgn perspektif. Sama seperti persoalan gelas separuh penuh/separuh kosong? Jawapan berdasarkan perspektif hamba tersebut.

Hakikatnya, perspektif ini perlu DIFAHAMI oleh kita yg bergelar hamba ini, bagi mengurangkan rasa tidak puas hati sesama manusia, mewujudkan sifat bertolak-ansur dan mengelakkan sangka buruk (su'udhzon). Kerana kepentingan ini, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna meletakkan rukun baiah yg pertama ialah KEFAHAMAN, barulah disusuli dgn keikhlasan. Utk renungan bersama, mudah-mudahan coretan kali ini memberi manfaat kpd semua pembaca.
Wallahu'alam...

Friday, March 20, 2009

Kehidupan


Kembali bertemu di medan maya ini...Rasanye sudah lame tidak menaip sebarang entry untuk dimasukkan dlm blog yg lesu ni..

Alhamdulillah ada kala, rasa tenang, senang, lapang & bermacam lagi perasaan yg menggembirakan...
Tapi, kadang2 terasa susah, penat, payah, malas & pelbagai lagi perasaan & sifat mazmumah yg menghantui lalu meresap masuk dlm diri ketika menakhodakan kehidupan sebagai seorang mahasiswa...



Kadang2 perasaan & sifat itu dtg dari diri sendiri akibat sedikit demi sedikit meninggalkan amalan2 harian yg biasa dilaksanakan ketika berada dlm keadaan SELESA & SENANG...Itulah hakikat diri yg lemah ini, ketika diri kuat bermacam jenis amalan mahupun solat berpuluh rakaat dpt dilaksanakan. pabila diri ini lemah, sunat rawatib pun berat utk dilaksanakan...

Benarlah kata seorang murabbi, "Utk menjadi org yg haraki perlu kpd sifat mujahadah dlm diri".

"Al Imanu Yanzid wa Yanqus"

Syukur Alhamdulillah dikurniakan shbt2 yg memahami, melihat telatah Affan suasana suram berubah menjadi ceria. Mendengar hujah2 Nasih Ulwan. Apabila dtg perasaan su'uzdhon, celoteh @ nasihat dlm gurauan Fatih menjadi penawarnya...

Sukar digambarkan kehidupan dunia yg diciptakan dgn pelbagai jenis manusia dgn pelbagai fi'il, hanya keikhlasan dlm persahabatan & mujahadah dlm kehidupan mampu membekalkan semangat utk meneruskan kehidupan. Semuanya atas asbab kurniaan Allah, Tuhan yg Maha Mengetahui...

Sunday, February 15, 2009

-Ole @ Jaringan-


Salam kesyukuran kerana masih lagi dipinjamkan NYAWA oleh Maha Pencipta, alhamdulillah masih diberi kesempatan kpd penulis utk menjenguk blog yg kian suram dari isi yg sepatutnya menjadi bacaan ilmiah para pembaca. Bukanlah penulis orang yg hebat di sudut tarbiyyah, bukan juga orang yg selayaknya menghukum aktivis-aktivis dakwah kampus kerana kelesuan & ketidakperformance aktivis dakwah dlm kampus lantaran kesibukan mahupun kemalasan yg menggari kekuatan diri..Penulisan kali ini bertujuan utk mengkorepsi diri PENULIS khususnya, yakni postmoterm sepanjang diberi amanah dan sedikit nasihat bagi adik-adik yg diberi amanah dlm kepimpinan platform...

Acap kali kita bertalaqqi @ membaca bahan2 ilmiah mengenai tarbiyyah mahupun ukhuwwah yg sepatutnya berada selari dgn proses pembentukan fardhu muslim yg menjadi salah satu matlamat utama bagi mereka yg mengaku berintima' dgn Islam. Malangnya, kesan dari tarbiyyah yg diterapkan semenjak sekolah @ IPT mungkin, tidak dpt diserap sepenuhnya oleh aktivis-aktivis dakwah di kampus...Tidak hairanlah sekiranya program2 berunsur dakwah yg dilaksanakan di peringkat platform berhamburan & tunggang langgang..Tidak hairanlah aktivis-aktivis dakwah dimaki hamun oleh pihak pentadbiran lantaran ketidakperformance dlm kerja2 platfrom...Jgn kita salahkan mereka wahai diri & adik-adik, jgn kembali kita memaki mereka...

Renungkanlah....
Rajin mane kita dtg qiamullail??? Byk mane kita baca Al-Quran??? Berapa juzuk dah kita hafal Kalam Allah??? Byk mane usaha kita utk membina hubungan baik sesama manusia dgn mengurangkan mengumpat, menyakitkan hati dan sebagainya??? Perkara2 yg disebutkan hanyalah perkara2 asas (surface) dlm Islam, yg mane xperlu kepada kefahaman mendalam mengenai method yg mendalam utk dilaksanakan dgn baik (hanya pendapat peribadi penulis) yg mane jika ada kerajinan & kemampuan dari sudut kewangan, masa & sebagainya mampu dilaksanakan dgn baik...


Seringkali kita dengar, malah ada yg mengadu "Kenapa program-program islamic xramai yg dtg?"
Kembalikan semua itu kepada empunya diri masing-masing...Keberadaan adik-adik mahupun sahabat2 dlm kepimpinan platform bukanlah sekadar utk mengisi kekosongan yg ada...Itu bukanlah harga yg perlu dibayar oleh aktivis-aktivis dakwah kepada Islam & kepimpinannya setelah menayang muka dlm poster semasa pemilihan, kerana dakwah tiada henti. Inilah yg dimaksudkan dgn ole @ jaringan...


Selaku aktivis dakwah kita harus melangkah lebih jauh & cepat berbanding mereka yg masih belum diberi hidayah oleh Maha Pencipta utk menyebarkan Islam..Berusahalah ke arah kesempurnaan kerana Islam Is Perfection (pinjam kata2 Man) Harapan penulis agar mesej yg ingin disampaikan dpt difahami & dihadam oleh mereka yg bergelar pimpinan..

Menulis bukan utk menunjuk mahu, tetapi sekadar perkongsian berdasarkan pengalaman yg mane mungkin dpt dijadikan iktibar...Penulis juga merupakan seorang hamba Allah yg lemah yg tidak terlepas dari sebarang kesalahan & kesilapan...Wallahu'alam

Sunday, February 1, 2009

-Jutawan Senyap-

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi penulis masih lagi diberi peluang utk menghidupkan kembali blog yg telah lame terabai lantaran kesibukan yg mencengkam..

Berminat utk penulis berkongsi sesuatu dgn para pembaca sekalian, lantaran keterlanjuran membelek sehelai dua muka surat buku bertajuk "Jutawan Senyap" sekadar utk mengurangkan kepenatan & kesibukan yg melanda diri..

Tiada manusia yg menginginkan kehidupan yg sukar, tiada terlintas sedetik pun difikiran utk mengharungi kehidupan sprt mereka yg berada di Somalia & negara2 bertaraf negara kelas ketiga..Memang tiada yg menginginkan, memang tiada yg berhasrat merasai atau menikmati kehidupan sedemikian rupa..tapi hakikatnya, inilah kehidupan..

"Adakah manusia menyangka mereka ditinggalbiarkan dgn mereka berkata kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji" (Surah Al-Ankabut: 2)

Rabbul Karim telah menjanjikan kesusahan & kepayahan sprt mane yg termaktub dlm kitabNya. Jadi, siapalah yg berkemampuan utk menjadi jutawan senyap dlm kehidupan yg telah pun dijanjikan dgn kesusahan & kepayahan??? Siapakah insan yg mampu melawan fitrah yg telah ditetapkan oleh Maha Pencipta???

Jawapannya ADA.....
Mereka yg bergelar Jutawan Senyap ialah mereka yg menyemai biji benih yg berhamburan di ladang-ladang DUNIA, dgn mengorbankan seluruh tenaga, daya usaha, wang ringgit, mahupun nyawa bagi menyemai biji benih yg mana hasilnya akan dibawa ke akhirat kelak.

Firman Allah S.W.T dlm surah As-Saff ayat 10-12, yg bermaksud:
" Wahai org2 yg beriman, hendakkah aku tunjukkkan kepada kamu satu perniagaan yg dpt menyelamatkan kamu dari siksa (api neraka) yg pedih? Kamu beriman kpd Allah, berjihad di jln Allah dgn harta & diri kamu, itu adalah lebih baik sekiranya kamu mengetahui. Nescaya diampunkan dosa-dosa kamu, dan dimasukkan kamu ke dlm syurga yg mana mengalir di bawahnya sungai-sungai & ke tempat yg baik di dlm syurga. Itulah kemenangan yg agung."

Mereka yg diiktiraf sebagai jutawan senyap tidak perlu kpd jwtn utk bertindak meletakkan Islam pada tempatnya, tidak pernah takut utk menegakkan kebenaran, tidak pernah putus asa dlm perjuangan. Mereka juga tidak menghukum orang lain yg mungkin tidak mengerti istilah 'Bid'ah' dlm kehidupan sebagai pendusta/perosak mahupun pereka dlm agama, mereka tidak menuding jari menyalahkan mana-mana insan lantaran kejahilan mereka dlm menyusuri jln2 kehidupan..Mereka inilah yg digelar jutawan senyap, dlm diam mereka menyebarluaskan syiar & dakwah Islam dlm kehidupan msyrkt sekeliling tanpa shbt2/rkn2 sekeliling mengetahui akan perbuatan/tindakan tersebut..Berusahalah, insyAllah pasti ada jln

Semoga sedikit peringatan akan membawa perubahan, mudah2an kita semua berusaha utk menjadi Jutawan Senyap Dunia & Akhirat...

Wednesday, January 7, 2009

-Biarkan Aku Jadi Orang Palestin-



-Bilakan Damai-

Mentari menangis di senja memerah
Bumi ambia' menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Hanyir darah menyesak dada



Tubuh layu gugur bergelimpangan
Bertindih dalam kubur tanpa bernisan
Di hujung sana berjuta..kelaparan
Didera wabak yang menyiksakan



Anak kecil bertanyakan bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang
Di wajahnya cerminkan kedukaan
Bilakah pula ayah kan pulang



Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu
Menghiris kalbu
Bilakan berhenti kekejaman

Anak kecil bertanyakan bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang
Wajahnya cerminkan kedukaan
Bilakah pula ayah kan pulang


Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu
Menghiris kalbu
Bilakan terhapus penindasan

Kemana hilangnya kemanusiaan
Sampai bila bersilih penderitaan
Bila pula kan muncul kedamaiaan
Soalan yang masih tiada jawapan

Saturday, December 27, 2008

-Akhlak Bersulam Kebiasaan-


Tujuan penulis menge'pos' kali ini bukanlah untuk berlumba2 dgn blogger2 lain yg aktif menge'pos' & mengedit blog masing2..Secara automatis terlintas seketika di fikiran bila mengenangkan kembali zaman2 'muda' mengharungi suka & duka apabila melihatkan adik2 yg junior mengikuti program2 berunsur tarbiyyah..

Mengimbau kembali kenangan beberapa tahun yg lalu, bilamana penulis teringat intipati kuliah yg disampaikan sewaktu mengikuti program tarbiyyah...Penceramah menceritakan mengenai kisah Luqmanul Hakim sepertimana yg disebutkan di dlm Al-Quran, berpesan Luqmanul Hakim kpd anaknya,

"Wahai anakku, jgnlah engkau ketawa jika tiada perkara yg melucukan dan janganlah engkau berjalan tanpa adab"

Jika direnung kembali, kata2 ini mungkin tidak memberi sebarang kesan kpd manusia biasa, tetapi penulis sedikit terkilan bilamana kata2 ini juga tidak diambil endah oleh mereka yg mengaku menyebarkan dakwah di muka bumi ini...Nauzubillahhi min zalik..

Dari nasihat yg dberikan oleh Luqmanul Hakim kpd anaknya, beberapa intipati penting bole didapati khususnya buat para daie. Antaranya, jgnlah daie menggelapkan hati dgn tawa yg barangkali dtg dari syaitan untuk melekakan sekaligus melupakan para daie mengenai adab2 dlm pergaulan sepertimana yg diajarkan oleh nabi. Tiada salahnya untuk tertawa, tetapi jgnlah sampai berderai & melarat tawanya hingga boleh mengganggu org lain.




Yg kedua, barangkali ada diantara kita yg merasakan bahawa tidak pernah sekalipun semenjak empunya diri mengenali medan dakwah & tarbiyyah ini berjalan tanpa menutup aurat, malah ada yg mengatakan pakai seluar jeans pun xpenah..Para pembaca sekalian, bukanlah maksud berjalan dengan adab itu hanya semata2 menutup aurat dgn sempurna, malah merangkumi perkara2 yg lebih kecil yg seringkali diambil enteng oleh sesetengah manusia. Barangkali kita merasakan bahawa makan/minum sambil berjalan itu tidak termasuk dlm adab2 ketika berjalan, perkara2 kecil seperti itu yg selalu dipandang remeh oleh manusia..Perkara2 yg selalu kita lakukan barangkali, yg dekat dgn kita..Tapi itu yg sering kita XPERASAN..



Teringat penulis kata2 yg pernah diungkapkan sewaktu diamanahkan menjadi pic bagi satu modul program tarbiyyah, kita sering mencari sesuatu yg jauh, sedangkan yg dicari itu berada berdekatan dgn kita..Jadilah seorang yg realistik, kurangkan idealistik..Wallahu'alam, sekadar perkongsian dgn para pembaca..

Wednesday, December 17, 2008

Bio Info: Migrain

Salam Fieldtrip buat saeng2 seperjuangan yg berada di bumi Sabah nie..

Masuk hari ni, da 2 hari empunya diri xberapa chat..Alhamdulillah, Allah masih syg pada hambaNya yg lemah ini..Sebelum melangkah ke fieltrip yg bakal berlangsung, bbrapa revision telah pun dibuat bagi mslh2 kesihatan yg famous dan kerap kali berulang..Bukannya ape, cuma langkah berjaga2 disamping menambah ilmu2 berkaitan kesihatan di dada..(da sakit baru
nak stdy psl sakit)


Antara mslh yg kerap berlaku adalah pening kepala (migrain). Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya.

Punca2 Sakit Kepala

1)Ketegangan
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak
bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.

2)Pengambilan ubat-ubatan
Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.


3)Penyakit Metabolik
Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh
menyebabkan sakit kepala.

4)Kecederaan kepala
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan
pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.


5)Inflamasi salur darah di kepala dan otak
Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang
dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.

6)Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium
Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan
ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya
pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami
ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair
daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan
lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.

Mengubati Migrain:

1)Tanpa ubat

Pengubatan tanpa ubat biasanya dilakukan untuk meringankan gejala migrain dan untuk
pencegahan. Tidur merupakan ubat yang paling mujarab. Untuk mencegah timbulnya migrain,
pesakit dapat dimotivasi untuk mengubah pola hidup yang selama ini dicurigai dapat
mencetuskan timbulnya migrain. Hal ini termasuk menghentikan kebiasaan merokok,
menghindari makanan yang banyak mengandung tiramin seperti keju, hindari pula makanan yang mengandung nitrat tinggi seperti kacang kacangan. Selain itu harus segera melakukan apa
yang disebut pola hidup sihat seperti makan makanan yang bergizi, minum yang cukup, tidur
yang cukup, dan olahraga yang teratur.

2)Dengan ubat

Ubat-ubat diberi untuk dua tujuan iaitu:
A)Untuk mengurangkan sakit (Painkillers)
-untuk memulihkan gejala semasa sakit kepala.
-Ubat-ubatan yang biasa digunakan di Malaysia ialah paracetamol, ibuprofen dan mefenamic acid.
-Untuk orang dewasa yang mengalami migrain, mereka dibekalkan dengan ubat sumatripan
(Imigran) dan Caffein/ergotamine (Carfegot), tetapi tidak secara rutin kepada kanak-
kanak.
-Ubat penahan sakit (painkillers) diberi kepada kanak-kanak yang mengalami sakit
kepala.

B)Ubatan Profilaktik ( Agen yang mencegah perkembangan sesuatu penyakit atau keadaan )
-Ubat ini dibekalkan kepada kanak-kanak yang mengalami sakit kepala yang kerap atau
sakit kepala yang boleh mengganggu aktiviti harian mereka.
-Ubat ini perlu diambil setiap hari untuk mencegah sakit kepala dari berlaku. Ubat ini
tidak menyembuhkan gejala sakit. Contoh ubatan profilaktik ialah flunarizine,
pizotifen, propanolol dan metoprolol.
-Ubatan profilaktik tidak diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami sakit kepala tegang (tension headache)
-Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubatan profilaktik untuk
sakit kepala.